sinopsis

Bila kita menyintai seseorang, kita akan diberi dua pilihan. Iaitu berada di sisinya dan bahagiakan dia, atau lepaskan dia dan biarkan dibahagia dia sisi insan lain. Kerana cinta tak semestinya memiliki!
"Fakrul, dia seorang yang banyak cakap dan mulut dia tak ada insurans. Dia tak pandai simpan rahsia, sebab dia tu benggap! Sikap dia selalu menyakitkan hati, sampai aku rasa menyampah. Tetapi pada masa yang sama, dia kelihatan sangat comel. Dia sangat prihatin.. Dia..." kata-kata Najwa terhenti sampai disitu sahaja. Dia cuba menahan rasa sebak yang melanda di jiwa.

"Nama dia Fakrul. Dia seorang lelaki yang baik. Dia pendiam, dan bercakap hanya perlu. Dia sentiasa jaga hati aku. Mungkin dia agak perahsia, tetapi aku tak kisah. Sebab aku sayangkan dia, dan dia janji yang dia akan pastikan aku bahagia disisinya.." kata Niesya sambil senyum walaupun sedetik rasa resah melanda dihatinya.

Dua insan dengan pandangan yang berbeza pada seorang lelaki. "Fakrul, siapa awak yang sebenar?"

"Ya Allah, andai cinta ini akan melukai hati dia, aku lebih rela memendamnya. Biarlah jiwaku parah! Biar aku seorang yang merana! aku sanggup... asalkan dia bahagia," menitis air mata lelakinya. Dia harus buat satu pengorbanan, walaupun jiwanya mati terkubur.

"Untuk apa cinta ini andai tak bisa memiliki?"
Serentak satu persoalan menerjah ke dalam benak tiga insan itu.

Monday, September 10, 2012

bab 5


BALUTAN dikepala Najwa dibuka pelahan. Keadaan Najwa sudah beransur baik. Sofian mengemas ubat-ubatan yang berselerak di atas meja dan dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian dia bangkit dan meletakkan bekas itu di dalam almari. Dan dia duduk semula.
      “Tak rugi aku kawan dengan kau Pian, nanti aku sakit kau jaga aku pulak okey?” ujar Fakrul.  Dia tahu kawannya itu bakal bergelar seorang doktor. Cuma tunggu surat tawaran kerja sahaja!
      “Jaga kau? Taknaklah aku! Mengada-ngada mengalahkan awek aku!” balas Sofian bersahaja.
      “Eh! Mestilah… lagipun aku mana reti nak balut luka ni bagai!”
      “Itulah kau, masa sekolah dulu aku suruh kau masuk bulan sabit merah kau taknak! Kalau tak mesti kau pun boleh buat jugak,” jawab Sofian spontan.
      “Iye lah! Sekarang baru aku rasa menyesal sebab masuk pandu puteri dulu!” gurau Fakrul. Matanya sempat melirik ke arah wajah muram Najwa.
      “Banyak lah kau pandu puteri? Itu bukan untuk perempuan aje ke?”
      Mendengar kata-kata Sofian, Fakrul mula ketawa. “Eh! Iye ke? Tak tahu pula aku, Patutlah masa aku masuk dulu aku rasa badan aku lembut semacam aje, auuww!” jawabnya selamba sambil membuat gaya lembut. Sofian hanya ketawa, tidak sangka ‘gedik’ juga kawannya itu.
      Najwa yang sedari tadi hanya memerhati, mula tersenyum melihat telatah dua kawan itu. Dia berasa sedikit terhibur. Fakrul yang kebetulan memandang Najwa seakan tergamam melihat senyuman gadis itu. Sudah lama dia teringin melihat senyuman Najwa. Tidak dapat di nafikan, senyuman gadis itu sangat memukau. Wajahnya yang masam sahaja sudah mampu memikat hati lelaki, inikan pula jika dia tersenyum. Fakrul! Kau dah betul-betul anggau ni!
      Senyum di bibir Najwa mati apabila menyedari Fakrul memandangnya tidak berkelip. Wajahnya berkerut. Dia mengibas-gibas tangannya dihadapan muka lelaki itu. Tetapi lelaki itu masih seperti tadi, entah sudah sampai ke mana khayalan lelaki itu. Najwa ingin bersuara namun di halang oleh Sofian. Spontan Sofian bangun dari tempatnya kemudian duduk disebelah Fakrul. Kepalanya dilentokkan ke bahu Fakrul.
      “Abang Fakrul pandang siapa tu? Sampai hati abang curang dengan Enah!” ujar Sofian dengan suara bapuknya sambil memukul manja dada Fakrul.
      “Woi kau!” Fakrul yang tersentak mula naik angin. Ditolaknya kepala Sofian. Hatinya benar-benar geram. Manakala Sofian pula sudah ketawa terbahak-bahak. “Meremang bulu roma aku! Nak berangan pun tak boleh!” sambung Fakrul lagi.
      “Berangan? Kau angan kan siapa? Puteri dari kayangan ke atau gadis misteri?” sindir Sofian.
      Fakrul mula tersenyum. “Bidadari syurga,” jawapnya ringkas sambil matanya memandang ke arah Najwa. Manakala Najwa hanya berkerut melihat sikap Fakrul, sungguh menjengkelkan baginya! “Asal kau pandang aku macam tu? Aku ciumkan,” ujar Fakrul apabila melihat mimik muka yang ditonjolkan Najwa, kalau ia pun janganlah tunjuk sangat riak menyampah dia tu!
      Najwa merengus mendengar kata-kata Fakrul. Marah, benci, meluat, dan macam-macam lagi perasaannya jika berhadapan dengan lelaki itu. 
      “Eh.. suka-suka aje nak cium anak dara orang, Enah tu ada, kau cium aje dia puas-puas!”
      Fakrul tersenggih. “Enah? Bukan takat puas aje, dah muak dah, nak yang baru pulak,” selorohnya.
      “Mak oi.. tamaknya!” ujar Sofian.
      Fakrul hanya ketawa. “Dah lah, aku nak keluar,” ujar Fakrul. Dia bingkas bangun lalu memasuki kamarnya. Beberapa minit kemudian dia keluar semula. Langkahnya terhenti saat memandang Najwa. “Wawa, kau pergi duduk dalam bilik aje lah, tak payah duduk sini. Lagi pun aku nak keluar ni.”
      “Kalau kau nak keluar, keluar aje lah. Apa kena menggena dengan aku?” balas Najwa.
      “Iye lah, takkan kau nak berdua-duaan dengan Pian. Walaupun aku tahu yang Pian ni budak baik, tapi lebih better ambil langkah berjaga-jagakan? Lain lah kalau kau nak berdua-duaan dengan aku, aku tak kisah kot, iman aku kuat!” ujar Fakrul lagi sambil tersenggih. Dia menghampiri Najwa. Seperti biasa, dia akan memapah gadis itu ke bilik. Namun sebalik sahaja tangannya ingin memimpin tangan Najwa, gadis itu pantas menepis.
      “Aku boleh jalan sendiri,” bidas Najwa. Dia pantas bangkit dan berjalan menuju ke bilik walaupun pelahan. Najwa tahu, nak atau taknak, dia harus mendengar arahan Fakrul. Lelaki itu bukan boleh jika ada yang membantah kata-katanya, ada sahaja kerenahnya untuk memastikan orang mendengar arahannya. Lagi pun kata-kata Fakrul itu ada benar juga. Dan setiap arahan Fakrul adalah untuk kebaikan dirinya, Fakrul terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap dia.

*******

NAJWA duduk dibirai katil sambil matanya memandang setiap sudut bilik. Kecil! Sempit! Dan sedikit berselerak. Barang yang terdapat dibilik itu juga kelihatan lama. Ada yang berhabuk. Tidak seperti biliknya. Cantik! Besar! Dihiasi dengan barang-barang mewah dan berjenama. Matanya terpandang pada sebuah novel diatas meja kecil. Pelahan tangannya mencapai novel tersebut. Arggghh..!! Cerita rekaan manusia! Hanya khayalan semata-mata. Sering menjadikan manusia alpa! Leka dengan kisah hidup yang hanyalah sebuah ilusi.
      Dia meletakkan novel tersebut di sebelah. Perutnya sudah mula berlagu. Dia pantas bangkit dan keluar dari bilik tersebut. Matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang baring di atas sofa. Dia berjalan lalu duduk berhadapan. “Fakrul…” panggilnya pelahan. Namun lelaki itu masih lagi lena. Siap berdengkur lagi! “Fakrul!” Panggilnya dengan suara sedikit meninggi. Namun masih tiada respon.
      Najwa mula merenggus kasar. Dia bangkit lalu berdiri tegak di hadapan Fakrul. Tubuh lelaki itu di goncang kuat. “Fakrul! Bangunlah!” kejutnya dengan suara yang lantang. Lelaki itu kelihatan mengeliat sedikit namun masih lagi lena. Najwa mengetap bibir. Hidup lagi ke tak ni? Bukan main susah nak bangun. Sudahlah berdengkur bukan main kuat lagi! Dia mula geram.
      “FAKRUL!!!!” jerit Najwa sekuat hati. Namun lelaki itu masih seperti tadi. ‘ Lelaki ni rasanya kalau sebelah rumah kena BOOM pun dia tidak sedar kot! Bukan main lena lagi dia tidur! Arggghhh…  apa yang harus aku buat ni??’ bebel Najwa dalam hati. Sedangkan perutnya sudah mula memulas minta di isi. Najwa menoleh ke arah jam di dinding, tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mungkin lelaki itu balik lewat semalam, tekanya.
      Najwa bergegas menuju ke dapur. Dia sudah tiada cara lain. Dia mencapai mangkuk lalu mengisi air paip ke dalam mangkuk tersebut. Kemudian dia kembali ke ruang tamu semula. Air didalam mangkuk tersebut di renjis-renjis ke muka Fakrul. Tetapi hampa! Sedikit pun lelaki itu tidak terjaga. Darahnya mula menyirap. Satu idea jahat masuk ke dalam fikirannya. Air dalam mangkuk tersebut di simbah ke muka Fakrul. “Banjir… banjir!!!!” jerit Najwa lantang.
      Fakrul yang tersentak mula terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Matanya tertancap pada Najwa yang sedang tersenyum puas. Fakrul mengetap bibir. Habis basah melecun bajunya. Sakit hatinya saat itu. Tambahan pula gadis itu tidak langsung menunjukkan reaksi bersalah. Boleh pula bercekak pinggang dengan wajah bangga!
      “Kau ni kenapa?” soal Fakrul geram.  
      “Aku lapar,” rungut Najwa.
      “Kau lapar kau punya pasallah, apa kaitan dengan aku?” marah Fakrul. Dia bingkas bangkit lalu mengibas-gibas sebahagian bajunya yang basah.
      Najwa mengetap bibir. Sakit hati mendengar kata-kata Fakrul. Bukan main susah untuk kejutkan lelaki itu dari tidur, macam itu aje jawapan dia bagi.
      “Fakrul.. aku lapar,” tekan Najwa lagi.
      Fakrul mengeluh. Dia menarik lengan Najwa lalu di heret ke dapur. Dia membuka peti ais di bahagian atas. Kosong! Kemudian dia membuka di bahagian bawah pula. Beberapa biji telur di capai lalu di letakkan di atas meja. “Kau laparkan? So kau masaklah,” ujar Fakrul.  Dia pantas berlalu dari dapur tersebut.
      Wajah Najwa berkerut. Memasak? Aku kena memasak? Dia meneguk liur. Ah! ‘Bantai’ aje lah! Lagi pun perut dia sudah pedih. Dia terlalu lapar. Apa aje pilihan yang dia ada? Fakrul langsung tidak bertimbang rasa! Kejam sungguh lelaki itu. Ada ke patut mamat tu menyuruh dia memasak? Sofian pula entah keluar ke mana pagi-pagi lagi!
       Dari dalam dapur dia dapat mendengar kata-kata Fakrul yang separa menjerit. “Masak sedap-sedap tau!”
       Najwa mencebik. “Jangan harap aku nak bagi kau makan!” balasnya.
       Dia mengambil mangkuk lalu di letakkan di atas meja. Telur-telur tadi di pecahkan lalu dicampak ke dalam mangkuk tersebut berserta dengan kulit telur sekali. Dia membubuh air di dalam mangkuk telur tersebut lalu di kacau pelahan. Dia menghidupkan api. Dia mencapai periuk lalu diletakkan di atas dapur.  Botol minyak di angkat lalu di tuang ke dalam periuk tersebut. Hampir separuh periuk itu di penuhi dengan minyak. Kemudian dia membubuh telur pula ke dalam periuk tersebut.
       Najwa merengus kasar apabila mendapati minyak tersebut masih tidak panas. Dia membesarkan api tersebut ke aras maksima. Dia memandang sekeliling dapur. Matanya terpandang di bahagian bawang. Dia mula mencapai bawang-bawang tersebut. Tanpa membuka kulit, dia membelahkan bawang tersebut kepada dua bahagian lalu di campakkan ke dalam periuk. Cili api dan cili merah di ambil dari dalam peti kemudian di letakkan ke dalam periuk itu juga.
      POP!!!! Minyak dalam periuk tersebut terpecik. Najwa yang terkejut melangkah setapak ke belakang. Tanpa di sedari dia telah terlangar rak bahagian tempat tersusunnya botol-botol kicap. Habis jatuh berderai kicap-kicap tersebut diatas lantai. Hissshhh…! Cuai betul dirinya. Dia mengambil senduk, lalu menghampiri periuk. Niatnya ingin mengacau masakannya itu. Tetapi entah untuk kali keberapa, minyak dalam periuk tersebut terpecik lagi. Tetapi kali ini lebih kuat. Najwa menjerit!Tanpa disedari dia telah tercampak senduk tersebut ke arah bahagian rak yang terdapat garam dan rempah-rempah yang lain menyebabkan rak tersebut turut terjatuh.
      Fakrul yang terdengar jeritan Najwa bergegas ke dapur. Dia tergamam saat itu. “Masya-Allah!” tepancul ucapan itu dari bibirnya. Dia memandang sekeliling dapur. Beselerak! Kotor! Dengan minyak yang melekit di sana-sini. Botol kicap yang pecah dan kicap-kicapnya yang tumpah di atas lantai.  Rak yang terbalik bersama bekas garam dan rempah-rempah yang lain. Arggghhh!!! Apa dah jadi ni?!!! Fakrul terduduk. Seakan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Pelahan dia mengelengkan kepalanya.
      Najwa hanya tersenggih. “Aku tarik balik kata-kata aku tadi, kalau kau nak makan, makanlah!” ujar Najwa selamba.
      Fakrul menekup mukanya. Sakitnya hati!!!!!

TELUR hangit berserta dengan kulitnya, bawang merah, cili api, cili merah dan berkuah minyak di dalam mangkuk tersebut di pandang sepi oleh Fakrul. Tengok aje dah rasa loya. Perempuan jenis apakah ini? Kalau tak pandai masak, terus terang aje lah! Tak payahlah nak tunjuk hebat pula. Getus hatinya.
      Najwa menolak nasi bungkus yang telah licin di makannya ke tepi. Kenyang rasanya! Kan lebih elok jika Fakrul beli aje makanan ini dari tadi, tak adalah dia kena menunjukkan skill memasaknya yang gempak! Hehehe.. baru padan muka Fakrul! Puas hatinya saat itu.
      Namun Fakrul masih lagi kaku. Antara percaya atau tidak bahawa wujud juga perempuan yang seteruk ini! Takkanlah goreng telur pun tak reti? Sampai guna periuk semua bagai? Sudahlah minyak masaknya hampir separuh di gunakan. Dan apa yang paling dia tidak dapat menerima hakikat, perempuan yang teruk itu lah yang di gilainya. Yang dipuja dan di sayangi. Argghh! Kau dah gila Fakrul! Kau betul-betul gila!!! Perempuan jenis apakah ini?  Dia meraut wajahnya. Tertekan rasanya saat itu.
      Pintu ruang tamu tersebut di buka dari luar, serentak Najwa memandang ke arah pintu. Dia dapat melihat kelibat Sofian yang telah pun terpacak dihadapan pintu. Pelahan lelaki itu berjalan lalu duduk di atas sofa. Namun hanya seketika, lelaki itu pantas berdiri kembali.
      “Basah apa ni?” tanya Sofian sambil mengibas-gibas pungungnya. Dia memandang ke arah sofa tersebut yang basah dek simbahan air dari Najwa tadi.
      Wajah Najwa berkerut. Tidak tahu apa yang harus di katakannya.
      Sofian memandang Fakrul apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Dilihatnya lelaki itu sedari tadi hanya memerhatikan mangkuk yang terdapat di atas meja dengan wajah berkerut seribu. Pantas dia mencapai mangkuk tersebut. “Lauk apa ni?” soal Sofian lagi. Tengok rupa lauk itu sahaja tidak berselera. Mengjengkelkan sungguh.
      “Telur goreng special dari Wawa,” sindir Fakrul. “Kalau kau nak makan, makanlah.” Tambahnya lagi.
      Sofian menoleh ke arah Najwa yang hanya mempamerkan wajah seposen. “Banyaknya minyak kau guna…” ujar Sofian. Buruk sungguh rupa masakan tersebut. Tanpa berfikir panjang. Sofian terus bergegas je dapur, langkahnya terhenti di hadapan pintu dapur.
      “Apa dah jadi dengan dapur ni??!!!!” jerit Sofian lantang.

SEBAIK sahaja dia melangkah ke dapur. Dia tergelincir lalu terjelepuk di atas lantai. Bertapa peritnya dirasakan saat itu. Bagaikan nak tercabut pinggangnya, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Pelahan dia duduk sambil menyentuh pinggangnya yang terasa sengal. Matanya memerhatikan sekeliling dapur. Basah! Air melimpah-limpah dilantai. Terngangga dia saat itu.
      “Kau okey?” tanya Najwa seraya mendapatkan Fakrul.
      Fakrul mengeleng. Sakit yang dirasakan tadi seakan hilang sebalik sahaja melihat keadaan dapur tersebut. “Wawa, kau buat apa ni?” tanya Fakrul yang masih lagi terkejut.
      “Kau tak nampak ke aku tengah bersihkan dapur?” jawab Najwa.
      Fakrul memandang Najwa yang sedang memegang batang mop. Dia memandang ke arah botol kicap dan rak garam yang masih berselerak. Adakah dia mop lantai dahulu tanpa membersihkan botol-botol kicap, garam dan rempah-rempah lain yang berselerak. Takkanlah dia tidak boleh berfikir langsung? Sudahlah lantai pun basah kuyup. Dia mop lantai ke atau basuh lantai? Perempuan ini betul-betul teruk!
      “Sudahlah Wawa! Kau pergi masuk bilik!” arah Fakrul. Dia berusaha bangun walaupun pinggangnya terasa sakit.
      Najwa mengetap bibir. Suka hati Fakrul aje mengarahkannya! Ingat dia apa? Huh! Bukan senang nak suruh dia mengemas? Lagipun dirumahnya, batang penyapu pun dia tidak pernah sentuh.
      “Biar aku aje yang kemas dapur ni,” sambung Fakrul.
      Niat hati Najwa yang ingin menhamburkan kata-kata amarah terpaksa di ketepikan. Alang-alang orang nak tolong, apa salahnya. Peluang sudah ada didepan mata.  Apa lagi, masa untuk tidur! Perut pun sudah kenyang. Begitulah kerja hariannya. Makan! Tidur! Makan! Tidur! Nasib badannya bukan jenis cepat naik, kalau tak mesti dah bulat dah dia waktu itu.
      Fakrul hanya mengelengkan kepalanya sebaik sahaja Najwa berlalu pergi. Tak boleh angkut jadi bini ni! Getus hati kecilnya. Apakah gadis itu langsung tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu? Entahlah! Semakin dia mengenali Najwa, semakin sakit kepala otaknya memikirkan gelagat gadis yang bernama Najwa itu!
      

No comments:

Post a Comment