sinopsis

Bila kita menyintai seseorang, kita akan diberi dua pilihan. Iaitu berada di sisinya dan bahagiakan dia, atau lepaskan dia dan biarkan dibahagia dia sisi insan lain. Kerana cinta tak semestinya memiliki!
"Fakrul, dia seorang yang banyak cakap dan mulut dia tak ada insurans. Dia tak pandai simpan rahsia, sebab dia tu benggap! Sikap dia selalu menyakitkan hati, sampai aku rasa menyampah. Tetapi pada masa yang sama, dia kelihatan sangat comel. Dia sangat prihatin.. Dia..." kata-kata Najwa terhenti sampai disitu sahaja. Dia cuba menahan rasa sebak yang melanda di jiwa.

"Nama dia Fakrul. Dia seorang lelaki yang baik. Dia pendiam, dan bercakap hanya perlu. Dia sentiasa jaga hati aku. Mungkin dia agak perahsia, tetapi aku tak kisah. Sebab aku sayangkan dia, dan dia janji yang dia akan pastikan aku bahagia disisinya.." kata Niesya sambil senyum walaupun sedetik rasa resah melanda dihatinya.

Dua insan dengan pandangan yang berbeza pada seorang lelaki. "Fakrul, siapa awak yang sebenar?"

"Ya Allah, andai cinta ini akan melukai hati dia, aku lebih rela memendamnya. Biarlah jiwaku parah! Biar aku seorang yang merana! aku sanggup... asalkan dia bahagia," menitis air mata lelakinya. Dia harus buat satu pengorbanan, walaupun jiwanya mati terkubur.

"Untuk apa cinta ini andai tak bisa memiliki?"
Serentak satu persoalan menerjah ke dalam benak tiga insan itu.

Monday, September 10, 2012

bab 7


MATANYA terbuka luas. Dari tadi dia sudah berusaha untuk tidur, tetapi gagal! Matanya terlalu sukar untuk dipejamkan. Mungkin sebab dia sudah terlalu lama tidur! Mana tidaknya, sejak dia duduk di sini, siang malam dia tidur, tidak tentu masa! Najwa mula bangkit dan duduk di birai katil. Sepi! Dia bosan! Sangat-sangat bosan! Apa yang perlu dia lakukan? Dia tidak tahu!
      Najwa berdiri. Seraya tuala yang tergantung di kepala katil di sambarnya. Kemudian dia menarik beg pakaiannya dari tepi katil. Dia menyelongkar dalam beg tersebut, kosong! Pantas matanya terpandang ke arah pakaian bertimbun yang telah dipakainya di tepi pintu tandas. Memang diakui, sepanjang dia duduk di sini. Dia tidak pernah membasuh pakaiannya. Najwa menguak rambutnya ke belakang. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
      “Fakrul!” panggil Najwa separa menjerit. Tidak sampai beberapa minit, lelaki itu telah pun terpempang di ambang pintu.
      “Kenapa?” soal Fakrul yang agak terkejut dengan pangilan Najwa tadi. Bimbang sekiranya ada apa-apa yang berlaku terhadap gadis itu.
      “Aku nak basuh baju,” ujar Najwa.
      Mendengar kata-kata Najwa, mata Fakrul terus memandang ke arah timbunan baju-baju gadis itu yang telah dipakai. Fakrul mula tersenyum sinis. Mana tidaknya, ingatkan gadis itu akan terus membiarkan bajunya mengunung tidak di basuh-basuh, boleh buat pameran! Tetapi tak sangka terfikir juga dia nak basuh baju-baju itu, mungkin baju yang ingin di pakai sudah tiada. Duga Fakrul dalam hati.
      Tanpa membuang masa. Fakrul terus beredar mengambil bakul, kemudian dia kembali semula dan meletakkan pakaian tersebut didalam bakul. “Follow aku,” ujar Fakrul sambil mengangkat bakul yang berisi pakaian kotor tersebut. Najwa hanya akur dan menuruti Fakrul dari belakang. Fakrul berjalan memasuki dapur lalu membuka pintu di bahagian belakang rumah,  Dia meletakkan bakul di atas lantai simen. Kemudian dia mengambil sabun pencuci baju dan baldi.
      “Kau duduk atas bangku tu, dan basuh sendiri pakai tangan,” ujar Fakrul sambil jarinya ditunjukkan ke arah bangku kecil.
      Najwa terkesima. Terdiam dia saat itu. “Basuh pakai tangan?” tanya Najwa mendapatkan kepastian.
      Fakrul mengangguk dua kali. “Kenapa?”
      “Takkan tak ada washing machine?”
      Fakrul mengeleng. “Nope,” jawab Fakrul.
      Dahi Najwa berkerut seribu. Lemah semangatnya saat itu, manakala lututnya pula terasa longlai. Basuh pakai tangan? Tidak pernah terlintas difikirannya yang dia akan menghadapi situasi begini. Jika di rumah, mesin basuh baju pun dia tidak pernah sentuh. Sebab ada orang yang akan basuhkan baju dia. Sehingga pakaian ‘dalam’ dia pun orang uruskan! Yang dia tahu, bila dia nak, semua telah pun tersusun kemas di dalam almari.
      “Kenapa diam?” soal Fakrul. Dia seakan dapat mengagak apa yang bermain difikiran Najwa. Dia mula tersenggih. “Ke kau nak aku tunjuk ajar?” sambung Fakrul lagi.
      Najwa tidak terkata. Dunianya terasa kelam. Tidak pernah dia ‘mengotorkan’ tangannya dengan kerja-kerja rumah! Dia mula meneguk liur.
      Melihat Najwa hanya membisu seribu bahasa. Fakrul pantas mencapai bangku lalu duduk di atasnya. “Kau tengok aku basuh,” ujar Fakrul. Entah kenapa dia mudah berasa simpati terhadap gadis itu. Bersama dengan gadis itu boleh memberikannya seribu satu rasa. Perasaannya bercampur aduk. Kadang-kadang dia berasa menyampah dan benci melihat sikap gadis itu yang angkuh, tidak tahu berterima kasih dan langsung tiada rasa bersalah. Adakalanya pula hatinya jadi sayu dan tidak keruan apabila melihat wajah gadis itu yang muram. Apa-apa pun, dia tetap gembira selagi dapat menatap sepasang mata redup itu.
      Najwa menghembus nafas. Lega rasanya mendengar kata-kata Fakrul. Sekurang-kurangnya lelaki itu sudi memberi tunjuk ajar. Tidaklah dia main ‘bantai’ aje!
      Satu lagi bangku di sambar. Najwa duduk berhadapan dengan Fakrul. Dia mula meneliti cara lelaki itu membasuh bajunya. Kadang-kadang hatinya terdetik dengan satu soalan, kenapalah Fakrul terlalu baik dengannya? Dia tidak faham. Betul-betul tidak memahami! Tiba-tiba satu idea nakal menerjah ke dalam kepalanya. ‘Alang-alang celuk perkasam, biar sampai ke pakal lengan! Alang-alang tolong tunjuk ajar, biarlah basuh semua sekali. Hehehe..’ bisik hati kecilnya.
      Setelah selesai membasuh sehelai baju, Fakrul meletakkan baju tersebut ke dalam baldi. “Boleh buat tak?” tanya Fakrul. Mengharap agar Najwa dapat menangkap setiap apa yang di ajarnya, supaya bolehlah dia bangun dan berlalu, membiarkan gadis itu meneruskan kerjanya. Sebab baginya, tugasannya hanyalah mengajar gadis itu. Bukannya membasuhkan pakaian gadis itu. Jangan haraplah dia akan bagi muka kali ini. Sudahlah sebelum ini dia yang kena bersihkan dapur  yang telah dikotorkan Najwa, manakala gadis itu boleh pula lena tanpa ada rasa bersalah.
      Namun Najwa hanya mengeleng tanda masih tidak tahu. Tanpa membuang masa, Fakrul menyambar lagi sehelai baju lalu di berusnya. Niat untuk bangun dan berlalu di matikan. Setelah selesai membasuh sehelai baju, dia meletakkan baju tersebut ke dalam baldi. “Macam mana, boleh buat tak?” tanya Fakrul lagi. Najwa mengeleng lagi. Sekian kalinya, Fakrul mengambil sehelai lagi baju lalu di berusnya. Begitulah seterusnya. Geli hati Najwa saat mengenangkan bertapa mudahnya untuk dia mempergunakan Fakrul!

“BAJU yang ni sekali,” ujar Najwa lalu menghulurkan sehelai baju ke arah Fakrul. Fakrul hanya menurut lalu memberus baju itu pula. Najwa mula tersenyum. Lurus sungguh lelaki itu! Di biarkan sahaja lelaki itu memberus bajunya. Bersungguh-sungguh Fakrul menunjukkan ‘teknik-teknik’ membasuh baju, sehingga dia seakan terlupa bahawa baju itu sepatutnya dibasuh oleh Najwa. Manakala Najwa pula mulalah mengambil kesempatan di atas ‘kebebalan’ Fakrul.
      Fakrul mengeliat kecil. Lengguh rasanya apabila terpaksa membongkok membasuh baju. Kemudian dia mengambil sehelai lagi pakaian lalu di berusnya. Najwa yang sedari tadi memerhati mula berasa bosan! Dalam fikirannya mula terbayang gambar katil. Alangkah indahnya jika dia dapat lena tika itu. Tanpa berfikir panjang, dia menolak kesemua bajunya ke arah Fakrul.
      “Kau habiskan ajelah basuh ni, aku nak tidur!” ujar Najwa yang mula bangkit berdiri. Langsung tiada rasa bersalah. Dia mula mengatur langkah ingin beredar dari situ.
      Fakrul mengetap gigi mendengar kata-kata Najwa. Baru tersedar akan kebendulannya. Hampir separuh baju gadis itu telah di basuhnya! Bagaimanalah dia boleh tak perasan? Argghh.. Tak kisahlah apa-apa pun. Jangan harap dia akan bagi muka dekat gadis itu!
      “Yang ni pun nak aku basuh jugak ke?” tanya Fakrul.
      Langkah Najwa terhenti sebaik sahaja tiba di hadapan pintu. Dia pantas menoleh. Matanya terbeliak saat terpandang ‘baju kecil’ nya yang berwara merah jampu belang putih yang berada di tangan Fakrul. Tak senonoh betul!! Sepantas kilat dia menghampiri Fakrul seraya menyentap baju tersebut dari tangan Fakrul. “Tak payah!!!” marah Najwa. Perasaan malu mula menyerbu.
      “Macam mana dengan ni pulak?” tanya Fakrul lagi sambil mengangkat sehelai lagi ‘baju kecil’ Najwa.
      “Fakrul!!” marah Najwa pantas merampas baju tersebut juga. Menyirap darahnya saat itu. Terasa menyesal kerana menyuruh Fakrul membasuh bajunya. Tanpa berfikir panjang, dia duduk semula di atas bangku. Dilihatnya Fakrul sudah pun ketawa terbahak-bahak. Apa yang lucu pun dia tidak tahu. “Dahlah, aku nak basuh baju!” kata Najwa lalu menarik pakaiannya yang berada di hadapan Fakrul.
      “Aik? Bukan tadi kau suruh aku basuh ke? Bak lah sini, aku tengah rajin ni. Tambah rajin kalau basuh pakaian-pakaian dalam, berkobar-kobar semangat aku!” kata Fakrul yang masih dalam sisa tawanya.
      Wajah Najwa masam. Dia memandang tajam wajah Fakrul. Mendidih darahnya mendengar kata-kata Fakrul. Perkara ‘sensitive’ macam ini pun boleh dijadikan gurauan? Teruk sungguh! Sedangkan wajahnya sudah pun kemerahan menahan malu. Untuk masa sekarang, rasanya lebih baik jika dia hanya berdiam. Bimbang sekiranya dia membuka mulut, semakin teruk Fakrul menyakatnya.
      “Tapikan, aku aku tak tahu kenapa bila pandang kau hati aku macam rasa sesuatu…” ujar Fakrul dalam nada agak pelahan sambil merenung wajah Najwa. Najwa yang mendengar kata-kata Fakrul mula tak senang duduk. Tak keruan jadinya apabila dengar kata-kata Fakrul. “ Not bad, ‘besar’ jugakkan?” sambung Fakrul celupar.
      Berderau darah Najwa mendengar kata-kata Fakrul yang dianggap ‘lucah’ itu. “FAKRUL!!!” marah Najwa. Habis segala yang ada di sebelahnya di campak ke arah Fakrul. Manakala lelaki itu hanya ketawa dan berlari meninggalkannya. Melampau! Fakrul betul-betul melampau! Jeritnya dalam hati.

PINTU bilik di hempas kuat, sengaja menunjukkan protesnya. Najwa dapat membayangkan bertapa gembiranya Fakrul kerana dapat mengenakannya. Lelaki itu tidak boleh diberi muka. Najwa berasa marah! Sangat-sangat marah! Sebelum dia masuk ke bilik tadi, sempat dia menjeling tajam ke arah lelaki itu. Tetapi Fakrul hanya menunjukkan wajah selamba, seakan tidak ada apa-apa yang berlaku. Hanya Sofian sahaja yang memandang dengan pandangan hairan.
      Najwa menyembamkan diri di atas katil. Dia menarik selimut lalu menyelimuti seluruh tubuhnya. Entah kenapa kata-kata Fakrul itu seakan tergiang-giang dalam kepala otaknya. Dia bangkit kembali. Hatinya panas. “Eiiiii…!!” protesnya sambil mencampakkan bantal dan selimut yang ada ke atas lantai. Merah mukanya saat itu menahan amarah.
      Matanya meliar ke sekeliling bilik Fakrul. Najwa bangkit. Hatinya masih belum lega. Tanpa berfikir panjang, dia membuka almari pakaian Fakrul. Dihumbannya pakaian-pakaian Fakrul ke lantai. Lalu di pijak dan dilompat-lompat atas baju itu, membayangkan jika wajah Fakrul yang ada di situ. Setelah penat. Dia menyepak baju Fakrul ke tepi. Geram! Dia berjalan ke arah almari yang lain pula, pantas pintu almari itu dibuka. Dia tergamam.
      Buku-buku novel tersusun cantik di dalam almari tersebut. Ini bilik lelaki ke perempuan? Ada juga lelaki yang gemar membaca dan mengumpul koleksi-koleksi novel? Huh! Lelaki berjiwa wanita macam ni lah, katanya dalam hati. Dibeleknya satu persatu novel. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan orang boleh menjadikan novel itu sebagai satu hobi, sedangkan dia baru sahaja membaca sinopsis di belakang novel sudah mengantuk! Inikan pula ingin membaca isi kandungannya. Lagilah! Simpang malaikat 44! 

bab 6


“WOI Fakrul! Ko dengar ke tidak apa yang aku cakap?” Sofian menepuk bahu Fakrul.
      Akibat terkejut, kertas yang berada di tangan Fakrul terjatuh dan bersepah dilantai.  Dia mengeluh. Tidak tahu sejak bila dia termenung.
      “Lah.. berangan rupanya kawan aku sorang ni.” Sambung Sofian.
      Fakrul mengutip setiap helaian kertas di lantai tanpa memperdulikan kata-kata Sofian. Bulan depan dia ada temu duga, jadi dia perlu membuat persiapan awal. Tambahan pula dia akan pergi ke ibu kota Kuala Lumpur.
      “Aku tengok kau ni macam ada masalah je. Kongsilah masalah kau dengan aku sikit!” Sofian menolong Fakrul mengutip kertas.
      Fakrul mengeluh. Banyak soallah kau Pian! Karang aku penyepak muka kau baru tau! “Hurm..tak ada apa.” jawab Fakrul ringkas.
      “Hai..sebelum ni kau tak pernah macam ni? Kenapa dengan kau? Risau aku tengok.” Sofian menghulurkan kertas di tangannya kepada Fakrul.
      Fakrul meraut muka. “Kau tau kan aku dipanggil untuk interview di KL?” soal Fakrul. Akhirnya dia mengalah jugak. Sofian dapat membaca fikirannya, Kalau dia berbohong  mesti kantoi punya! Lelaki yang bercermin mata putih itu memang faham sangat dengan perangai Fakrul.
      Sofian mengangguk. Memang dia tahu perihal itu. Tetapi dia tahu itu bukanlah satu masalah bagi Fakrul, itu adalah impian Fakrul. Dia yang meminta kerja di sana. Jadi apa yang merungsingkan fikiran Fakrul?
      “Yes, I know. That’s a good news. Congrats! But what is the problem now?” tanya Sofian.
      Fakrul menundukkan kepalanya. Nak cakap ke taknak? Huh! Wawa.. aku hanya fikir tentang kau aje sekarang ini. Kenapa aku rasa berat sangat untuk pergi ke sana? Tenang Fakrul. Ada sebulan lebih aje lagi untuk kau bersama Najwa! Tetapi apa yang akan terjadi seterusnya? Najwa.. sampai bila dia akan terus berada di sini? Di rumah ini? Lagipun, mampukah dia untuk berjauhan dengan Najwa? Alangkah indahnya jika gadis itu turut menyintainya. Sudah pasti gadis itu sanggup menunggunya. Tetapi, perkara itu terlalu mustahil. Siapalah dia jika nak dibandingkan dengan Najwa? Gadis dingin dan beku itu! Hampir pecah kepalanya memikirkan segalanya.
      “Pasal Wawa lagi lah ni?” Soal Sofian seakan dapat mengagak.
      “A’ah. Dia buat aku hampir gila.”
      Sofian memandang tepat ke anak mata Fakrul. Dia membeliakkan biji matanya seolah-olah ternampak hantu ‘Kau ingat aku ni apa nak pandang macam tu!’ gerutu hati kecil Fakrul.
      “Perempuan tu pakai sihir apa sampai kau jadi macam ni?” tanya Sofian membuatkan Fakrul hampir tergelak. Ingatkan apa tadi.
      ‘Kau percaya ke aku betul-betul kena sihir? Hahaha… Pian, kau buat aku makin pening kepalalah layan kebodohan kau,’ kata Fakrul dalam hati.
      “Malam ni kita pergi jumpa ustaz,”  usul Sofian bersungguh-sungguh.
      Fakrul membeliakkan mata memandang Sofian. “Kau nak jumpa ustaz buat apa? Nak sihir perempuan tu balik?” soal Fakrul dengan nada yang agak serius. Manalah tahu kalau kata-kata Sofian tempoh hari bukanlah satu gurauan. Bimbang sekiranya dia betul-betul memaksudkannya! Peluh mula memercik di dahi Fakrul.
      “Bukanlah. Kenapalah kau ni bodoh sangat? Pergi buang sihir kau tu lah.”
      Aku bodoh ke kau yang bodoh? Ish.. Kalau layan Sofian ni, sampai esok tak hilang pening kepala ni! Silap hari bulan kerja dia semua tertangguh!

PERTIKAN gitar terus bergema meriuhkan lagi warung Pak Lahap pada petang itu. Sesekali Fakrul menyanyi dan memekik, sengaja dia menyumbangkan suaranya. Menyakitkan telinga para pendengar.
      “Kau ni dah kenapa?” soal Zafar. Gitar ditangan Fakrul di rampas.
      “Dah aku cerita, korang taknak dengar, so aku nyanyi lah,” balas Fakrul selamba.
      “Kalau kau rasa teringin makan gitar ni, cuba lah nyanyi lagi!” ujar Zafar disambut gelak ketawa Fakrul.
      “Hari ni korang cakap aje nak makan apa, aku belanja!” ujar Zakuan yang baru sahaja tiba. Dia pantas menarik kerusi dibahagian sebelah Rahmat.
      “Terbaiklah Zack! Ini lah baru namanya kawan dunia akhirat,” sampuk Rahmat.
      “Ada apa-apa ke hari ni?” soal Zafar musykil. Mana tidaknya, tiba-tiba kawannya itu jadi pemurah semacam aje hari ini!
      Zakuan hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang sedikit karat akibat merokok. “Nombor aku kena beb!” jawab Zakuan yang kelihatan gembira.
      “Berapa?” tanya Zafar lagi dengan lagak terujanya. Seakan tidak percaya.
      “Dua ribu lebih aje.” jawab Zakuan bangga. Kembang kempis hidung saat itu.
      Fakrul yang sedari tadi hanya menjadi pendengar mula bersuara. “Hai takkan belanja makan kat warung aje kot?”
      “Inilah namanya tak reti nak bersyukur,” celah Rahmat.
      “Eh! Tak apa, duit aku memang untuk belanja dia aje,” sindir Zakuan lalu ketawa berdekah-dekah. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluar lantas mengambil sebatang rokok lalu disuapkan ke mulutnya. Spontan Zafar menyalakan lighther lalu di hulurkan ke arah Zakuan, membakar hujung rokok kawannya itu. Almaklumlah, orang duit tengah ‘masuk’, memanglah dilayan bagaikan raja!
      “Awek… awek…” ujar Rahmat sambil menujukkan ke arah seorang perempuan berkebaya merah ketat yang sedang berjalan membelakangi mereka. Serentak mereka semua menoleh. Walaupun mereka tidak dapat melihat wajah perempuan itu dan hanya melihat dari arah belakang, tetapi susuk tubuh perempuan tersebut yang agak berisi tambahan pula apabila dia mengenakan pakai ketat sangat mengiurkan. Lagi pun kalau awek dah keluar pada senja-senja macam ni, memang jadi bahan usikkan dioranglah jawapannya!
      “Awak.. nombor awak!” jerit Rahmat. Mulalah bunyi tikus mereka keluar. Manakala Zafar pula sengaja memetik gitar sambil menyanyi lagu. Seronok rasanya dapat menyakat perempuan tersebut.
      “Sombonglah awek ni, langsung tak pandang kita!” ujar Zafar.
      “Dah suara kau tak sedap, Boy. Nak buat macam mana? Cuba kalau aku yang nyanyi,” selar Fakrul pula.
      “Banyaklah kau! Suara pun macam katak. Tapi aku tak puas hatilah,” ucap Zafar lantas berdiri. Dia meletakkan gitar di atas meja. Serentak mereka semua bersorak, semangatnya mula berkobar-kobar! Dengan lagak ‘macho’, dia menghampiri perempuan tersebut.
      “Hai awak, nak kenal boleh?” sapa Zafar. Perempuan tersebut menoleh. Wajah Zafar berubah pucat. Mengeletar badannya saat itu. “Fakrul!! Awek kau…!!!!!” jerit Zafar lantas lari bagaikan lipas kudung. Serentak mereka semua ketawa. Roslan yang pada mulanya hairan mula menoleh ke arah sekumpulan lelaki yang sedang ketawa bagaikan tidak ingat dunia. Matanya tertancap pada satu kelibat yang dicari-cari sedari tadi.
      “ABANG FAKRUL!!!” jeritnya lantas berlari mendapatkan Fakrul. Pada saat itu juga, berterabur mereka berlari menyelamatkan diri. Dan yang paling laju lagi adalah si trauma yang pernah demam tiga hari, yakni Fakrul. Persis halilintar dia berlari pada tika itu.

bab 5


BALUTAN dikepala Najwa dibuka pelahan. Keadaan Najwa sudah beransur baik. Sofian mengemas ubat-ubatan yang berselerak di atas meja dan dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian dia bangkit dan meletakkan bekas itu di dalam almari. Dan dia duduk semula.
      “Tak rugi aku kawan dengan kau Pian, nanti aku sakit kau jaga aku pulak okey?” ujar Fakrul.  Dia tahu kawannya itu bakal bergelar seorang doktor. Cuma tunggu surat tawaran kerja sahaja!
      “Jaga kau? Taknaklah aku! Mengada-ngada mengalahkan awek aku!” balas Sofian bersahaja.
      “Eh! Mestilah… lagipun aku mana reti nak balut luka ni bagai!”
      “Itulah kau, masa sekolah dulu aku suruh kau masuk bulan sabit merah kau taknak! Kalau tak mesti kau pun boleh buat jugak,” jawab Sofian spontan.
      “Iye lah! Sekarang baru aku rasa menyesal sebab masuk pandu puteri dulu!” gurau Fakrul. Matanya sempat melirik ke arah wajah muram Najwa.
      “Banyak lah kau pandu puteri? Itu bukan untuk perempuan aje ke?”
      Mendengar kata-kata Sofian, Fakrul mula ketawa. “Eh! Iye ke? Tak tahu pula aku, Patutlah masa aku masuk dulu aku rasa badan aku lembut semacam aje, auuww!” jawabnya selamba sambil membuat gaya lembut. Sofian hanya ketawa, tidak sangka ‘gedik’ juga kawannya itu.
      Najwa yang sedari tadi hanya memerhati, mula tersenyum melihat telatah dua kawan itu. Dia berasa sedikit terhibur. Fakrul yang kebetulan memandang Najwa seakan tergamam melihat senyuman gadis itu. Sudah lama dia teringin melihat senyuman Najwa. Tidak dapat di nafikan, senyuman gadis itu sangat memukau. Wajahnya yang masam sahaja sudah mampu memikat hati lelaki, inikan pula jika dia tersenyum. Fakrul! Kau dah betul-betul anggau ni!
      Senyum di bibir Najwa mati apabila menyedari Fakrul memandangnya tidak berkelip. Wajahnya berkerut. Dia mengibas-gibas tangannya dihadapan muka lelaki itu. Tetapi lelaki itu masih seperti tadi, entah sudah sampai ke mana khayalan lelaki itu. Najwa ingin bersuara namun di halang oleh Sofian. Spontan Sofian bangun dari tempatnya kemudian duduk disebelah Fakrul. Kepalanya dilentokkan ke bahu Fakrul.
      “Abang Fakrul pandang siapa tu? Sampai hati abang curang dengan Enah!” ujar Sofian dengan suara bapuknya sambil memukul manja dada Fakrul.
      “Woi kau!” Fakrul yang tersentak mula naik angin. Ditolaknya kepala Sofian. Hatinya benar-benar geram. Manakala Sofian pula sudah ketawa terbahak-bahak. “Meremang bulu roma aku! Nak berangan pun tak boleh!” sambung Fakrul lagi.
      “Berangan? Kau angan kan siapa? Puteri dari kayangan ke atau gadis misteri?” sindir Sofian.
      Fakrul mula tersenyum. “Bidadari syurga,” jawapnya ringkas sambil matanya memandang ke arah Najwa. Manakala Najwa hanya berkerut melihat sikap Fakrul, sungguh menjengkelkan baginya! “Asal kau pandang aku macam tu? Aku ciumkan,” ujar Fakrul apabila melihat mimik muka yang ditonjolkan Najwa, kalau ia pun janganlah tunjuk sangat riak menyampah dia tu!
      Najwa merengus mendengar kata-kata Fakrul. Marah, benci, meluat, dan macam-macam lagi perasaannya jika berhadapan dengan lelaki itu. 
      “Eh.. suka-suka aje nak cium anak dara orang, Enah tu ada, kau cium aje dia puas-puas!”
      Fakrul tersenggih. “Enah? Bukan takat puas aje, dah muak dah, nak yang baru pulak,” selorohnya.
      “Mak oi.. tamaknya!” ujar Sofian.
      Fakrul hanya ketawa. “Dah lah, aku nak keluar,” ujar Fakrul. Dia bingkas bangun lalu memasuki kamarnya. Beberapa minit kemudian dia keluar semula. Langkahnya terhenti saat memandang Najwa. “Wawa, kau pergi duduk dalam bilik aje lah, tak payah duduk sini. Lagi pun aku nak keluar ni.”
      “Kalau kau nak keluar, keluar aje lah. Apa kena menggena dengan aku?” balas Najwa.
      “Iye lah, takkan kau nak berdua-duaan dengan Pian. Walaupun aku tahu yang Pian ni budak baik, tapi lebih better ambil langkah berjaga-jagakan? Lain lah kalau kau nak berdua-duaan dengan aku, aku tak kisah kot, iman aku kuat!” ujar Fakrul lagi sambil tersenggih. Dia menghampiri Najwa. Seperti biasa, dia akan memapah gadis itu ke bilik. Namun sebalik sahaja tangannya ingin memimpin tangan Najwa, gadis itu pantas menepis.
      “Aku boleh jalan sendiri,” bidas Najwa. Dia pantas bangkit dan berjalan menuju ke bilik walaupun pelahan. Najwa tahu, nak atau taknak, dia harus mendengar arahan Fakrul. Lelaki itu bukan boleh jika ada yang membantah kata-katanya, ada sahaja kerenahnya untuk memastikan orang mendengar arahannya. Lagi pun kata-kata Fakrul itu ada benar juga. Dan setiap arahan Fakrul adalah untuk kebaikan dirinya, Fakrul terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap dia.

*******

NAJWA duduk dibirai katil sambil matanya memandang setiap sudut bilik. Kecil! Sempit! Dan sedikit berselerak. Barang yang terdapat dibilik itu juga kelihatan lama. Ada yang berhabuk. Tidak seperti biliknya. Cantik! Besar! Dihiasi dengan barang-barang mewah dan berjenama. Matanya terpandang pada sebuah novel diatas meja kecil. Pelahan tangannya mencapai novel tersebut. Arggghh..!! Cerita rekaan manusia! Hanya khayalan semata-mata. Sering menjadikan manusia alpa! Leka dengan kisah hidup yang hanyalah sebuah ilusi.
      Dia meletakkan novel tersebut di sebelah. Perutnya sudah mula berlagu. Dia pantas bangkit dan keluar dari bilik tersebut. Matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang baring di atas sofa. Dia berjalan lalu duduk berhadapan. “Fakrul…” panggilnya pelahan. Namun lelaki itu masih lagi lena. Siap berdengkur lagi! “Fakrul!” Panggilnya dengan suara sedikit meninggi. Namun masih tiada respon.
      Najwa mula merenggus kasar. Dia bangkit lalu berdiri tegak di hadapan Fakrul. Tubuh lelaki itu di goncang kuat. “Fakrul! Bangunlah!” kejutnya dengan suara yang lantang. Lelaki itu kelihatan mengeliat sedikit namun masih lagi lena. Najwa mengetap bibir. Hidup lagi ke tak ni? Bukan main susah nak bangun. Sudahlah berdengkur bukan main kuat lagi! Dia mula geram.
      “FAKRUL!!!!” jerit Najwa sekuat hati. Namun lelaki itu masih seperti tadi. ‘ Lelaki ni rasanya kalau sebelah rumah kena BOOM pun dia tidak sedar kot! Bukan main lena lagi dia tidur! Arggghhh…  apa yang harus aku buat ni??’ bebel Najwa dalam hati. Sedangkan perutnya sudah mula memulas minta di isi. Najwa menoleh ke arah jam di dinding, tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mungkin lelaki itu balik lewat semalam, tekanya.
      Najwa bergegas menuju ke dapur. Dia sudah tiada cara lain. Dia mencapai mangkuk lalu mengisi air paip ke dalam mangkuk tersebut. Kemudian dia kembali ke ruang tamu semula. Air didalam mangkuk tersebut di renjis-renjis ke muka Fakrul. Tetapi hampa! Sedikit pun lelaki itu tidak terjaga. Darahnya mula menyirap. Satu idea jahat masuk ke dalam fikirannya. Air dalam mangkuk tersebut di simbah ke muka Fakrul. “Banjir… banjir!!!!” jerit Najwa lantang.
      Fakrul yang tersentak mula terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling. Matanya tertancap pada Najwa yang sedang tersenyum puas. Fakrul mengetap bibir. Habis basah melecun bajunya. Sakit hatinya saat itu. Tambahan pula gadis itu tidak langsung menunjukkan reaksi bersalah. Boleh pula bercekak pinggang dengan wajah bangga!
      “Kau ni kenapa?” soal Fakrul geram.  
      “Aku lapar,” rungut Najwa.
      “Kau lapar kau punya pasallah, apa kaitan dengan aku?” marah Fakrul. Dia bingkas bangkit lalu mengibas-gibas sebahagian bajunya yang basah.
      Najwa mengetap bibir. Sakit hati mendengar kata-kata Fakrul. Bukan main susah untuk kejutkan lelaki itu dari tidur, macam itu aje jawapan dia bagi.
      “Fakrul.. aku lapar,” tekan Najwa lagi.
      Fakrul mengeluh. Dia menarik lengan Najwa lalu di heret ke dapur. Dia membuka peti ais di bahagian atas. Kosong! Kemudian dia membuka di bahagian bawah pula. Beberapa biji telur di capai lalu di letakkan di atas meja. “Kau laparkan? So kau masaklah,” ujar Fakrul.  Dia pantas berlalu dari dapur tersebut.
      Wajah Najwa berkerut. Memasak? Aku kena memasak? Dia meneguk liur. Ah! ‘Bantai’ aje lah! Lagi pun perut dia sudah pedih. Dia terlalu lapar. Apa aje pilihan yang dia ada? Fakrul langsung tidak bertimbang rasa! Kejam sungguh lelaki itu. Ada ke patut mamat tu menyuruh dia memasak? Sofian pula entah keluar ke mana pagi-pagi lagi!
       Dari dalam dapur dia dapat mendengar kata-kata Fakrul yang separa menjerit. “Masak sedap-sedap tau!”
       Najwa mencebik. “Jangan harap aku nak bagi kau makan!” balasnya.
       Dia mengambil mangkuk lalu di letakkan di atas meja. Telur-telur tadi di pecahkan lalu dicampak ke dalam mangkuk tersebut berserta dengan kulit telur sekali. Dia membubuh air di dalam mangkuk telur tersebut lalu di kacau pelahan. Dia menghidupkan api. Dia mencapai periuk lalu diletakkan di atas dapur.  Botol minyak di angkat lalu di tuang ke dalam periuk tersebut. Hampir separuh periuk itu di penuhi dengan minyak. Kemudian dia membubuh telur pula ke dalam periuk tersebut.
       Najwa merengus kasar apabila mendapati minyak tersebut masih tidak panas. Dia membesarkan api tersebut ke aras maksima. Dia memandang sekeliling dapur. Matanya terpandang di bahagian bawang. Dia mula mencapai bawang-bawang tersebut. Tanpa membuka kulit, dia membelahkan bawang tersebut kepada dua bahagian lalu di campakkan ke dalam periuk. Cili api dan cili merah di ambil dari dalam peti kemudian di letakkan ke dalam periuk itu juga.
      POP!!!! Minyak dalam periuk tersebut terpecik. Najwa yang terkejut melangkah setapak ke belakang. Tanpa di sedari dia telah terlangar rak bahagian tempat tersusunnya botol-botol kicap. Habis jatuh berderai kicap-kicap tersebut diatas lantai. Hissshhh…! Cuai betul dirinya. Dia mengambil senduk, lalu menghampiri periuk. Niatnya ingin mengacau masakannya itu. Tetapi entah untuk kali keberapa, minyak dalam periuk tersebut terpecik lagi. Tetapi kali ini lebih kuat. Najwa menjerit!Tanpa disedari dia telah tercampak senduk tersebut ke arah bahagian rak yang terdapat garam dan rempah-rempah yang lain menyebabkan rak tersebut turut terjatuh.
      Fakrul yang terdengar jeritan Najwa bergegas ke dapur. Dia tergamam saat itu. “Masya-Allah!” tepancul ucapan itu dari bibirnya. Dia memandang sekeliling dapur. Beselerak! Kotor! Dengan minyak yang melekit di sana-sini. Botol kicap yang pecah dan kicap-kicapnya yang tumpah di atas lantai.  Rak yang terbalik bersama bekas garam dan rempah-rempah yang lain. Arggghhh!!! Apa dah jadi ni?!!! Fakrul terduduk. Seakan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Pelahan dia mengelengkan kepalanya.
      Najwa hanya tersenggih. “Aku tarik balik kata-kata aku tadi, kalau kau nak makan, makanlah!” ujar Najwa selamba.
      Fakrul menekup mukanya. Sakitnya hati!!!!!

TELUR hangit berserta dengan kulitnya, bawang merah, cili api, cili merah dan berkuah minyak di dalam mangkuk tersebut di pandang sepi oleh Fakrul. Tengok aje dah rasa loya. Perempuan jenis apakah ini? Kalau tak pandai masak, terus terang aje lah! Tak payahlah nak tunjuk hebat pula. Getus hatinya.
      Najwa menolak nasi bungkus yang telah licin di makannya ke tepi. Kenyang rasanya! Kan lebih elok jika Fakrul beli aje makanan ini dari tadi, tak adalah dia kena menunjukkan skill memasaknya yang gempak! Hehehe.. baru padan muka Fakrul! Puas hatinya saat itu.
      Namun Fakrul masih lagi kaku. Antara percaya atau tidak bahawa wujud juga perempuan yang seteruk ini! Takkanlah goreng telur pun tak reti? Sampai guna periuk semua bagai? Sudahlah minyak masaknya hampir separuh di gunakan. Dan apa yang paling dia tidak dapat menerima hakikat, perempuan yang teruk itu lah yang di gilainya. Yang dipuja dan di sayangi. Argghh! Kau dah gila Fakrul! Kau betul-betul gila!!! Perempuan jenis apakah ini?  Dia meraut wajahnya. Tertekan rasanya saat itu.
      Pintu ruang tamu tersebut di buka dari luar, serentak Najwa memandang ke arah pintu. Dia dapat melihat kelibat Sofian yang telah pun terpacak dihadapan pintu. Pelahan lelaki itu berjalan lalu duduk di atas sofa. Namun hanya seketika, lelaki itu pantas berdiri kembali.
      “Basah apa ni?” tanya Sofian sambil mengibas-gibas pungungnya. Dia memandang ke arah sofa tersebut yang basah dek simbahan air dari Najwa tadi.
      Wajah Najwa berkerut. Tidak tahu apa yang harus di katakannya.
      Sofian memandang Fakrul apabila kata-katanya tidak dipedulikan. Dilihatnya lelaki itu sedari tadi hanya memerhatikan mangkuk yang terdapat di atas meja dengan wajah berkerut seribu. Pantas dia mencapai mangkuk tersebut. “Lauk apa ni?” soal Sofian lagi. Tengok rupa lauk itu sahaja tidak berselera. Mengjengkelkan sungguh.
      “Telur goreng special dari Wawa,” sindir Fakrul. “Kalau kau nak makan, makanlah.” Tambahnya lagi.
      Sofian menoleh ke arah Najwa yang hanya mempamerkan wajah seposen. “Banyaknya minyak kau guna…” ujar Sofian. Buruk sungguh rupa masakan tersebut. Tanpa berfikir panjang. Sofian terus bergegas je dapur, langkahnya terhenti di hadapan pintu dapur.
      “Apa dah jadi dengan dapur ni??!!!!” jerit Sofian lantang.

SEBAIK sahaja dia melangkah ke dapur. Dia tergelincir lalu terjelepuk di atas lantai. Bertapa peritnya dirasakan saat itu. Bagaikan nak tercabut pinggangnya, sakitnya hanya tuhan yang tahu. Pelahan dia duduk sambil menyentuh pinggangnya yang terasa sengal. Matanya memerhatikan sekeliling dapur. Basah! Air melimpah-limpah dilantai. Terngangga dia saat itu.
      “Kau okey?” tanya Najwa seraya mendapatkan Fakrul.
      Fakrul mengeleng. Sakit yang dirasakan tadi seakan hilang sebalik sahaja melihat keadaan dapur tersebut. “Wawa, kau buat apa ni?” tanya Fakrul yang masih lagi terkejut.
      “Kau tak nampak ke aku tengah bersihkan dapur?” jawab Najwa.
      Fakrul memandang Najwa yang sedang memegang batang mop. Dia memandang ke arah botol kicap dan rak garam yang masih berselerak. Adakah dia mop lantai dahulu tanpa membersihkan botol-botol kicap, garam dan rempah-rempah lain yang berselerak. Takkanlah dia tidak boleh berfikir langsung? Sudahlah lantai pun basah kuyup. Dia mop lantai ke atau basuh lantai? Perempuan ini betul-betul teruk!
      “Sudahlah Wawa! Kau pergi masuk bilik!” arah Fakrul. Dia berusaha bangun walaupun pinggangnya terasa sakit.
      Najwa mengetap bibir. Suka hati Fakrul aje mengarahkannya! Ingat dia apa? Huh! Bukan senang nak suruh dia mengemas? Lagipun dirumahnya, batang penyapu pun dia tidak pernah sentuh.
      “Biar aku aje yang kemas dapur ni,” sambung Fakrul.
      Niat hati Najwa yang ingin menhamburkan kata-kata amarah terpaksa di ketepikan. Alang-alang orang nak tolong, apa salahnya. Peluang sudah ada didepan mata.  Apa lagi, masa untuk tidur! Perut pun sudah kenyang. Begitulah kerja hariannya. Makan! Tidur! Makan! Tidur! Nasib badannya bukan jenis cepat naik, kalau tak mesti dah bulat dah dia waktu itu.
      Fakrul hanya mengelengkan kepalanya sebaik sahaja Najwa berlalu pergi. Tak boleh angkut jadi bini ni! Getus hati kecilnya. Apakah gadis itu langsung tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu? Entahlah! Semakin dia mengenali Najwa, semakin sakit kepala otaknya memikirkan gelagat gadis yang bernama Najwa itu!
      

bab 4


“TAK! Aku takkan kahwin!!!” bentak Najwa kasar. Sepantas kilat satu penampar hinggap di pipinya. Terjelepuk gadis itu di atas lantai. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua. Dia menyentuh pipinya yang terasa bahang. Dapat dirasakan cecair mengalir dibibirnya yang pecah dek tamparan tadi. Api kemarahanannya kian meluap-luap.
      “Kau jangan degil cakap aku!!” terking Baharin. Wajahnya bengis. Dia cukup pantang jika ada yang berani melawan cakapnya.
      Najwa menjeling tajam ke arah Baharin. Tangannya digempal kemas. “Kau siapa nak tentukan hidup aku?! Kau tak ada hak atas aku lah ‘celaka’!!!” jerit Najwa.
      Baharin menjengkilkan matanya. Baginya Najwa memang sudah melampau! Perempuan itu patut di ajar! “Biadap! Biar aku ajar kau cara bercakap dengan orang tua!!!” herdik Baharin. Di sepaknya Najwa berkali-kali. Semakin gadis itu mengerang kesakitan, semakin puas hatinya. Tiada langsung perikemanusiaan. Apabila kemarahannya beransur hilang. Dia mula duduk melutut dihadapan Najwa, rambut Najwa direntap. “Sekarang kau nak dengar cakap aku ke tak?!!” soalnya kasar.
      Najwa hanya mengerang kesakitan. Dia memegang tangan Baharin, cuba menarik tangan lelaki itu dari terus mengengam rambutnya. Berdenyut-denyut kepalanya tika dan detik itu. Dapat dirasakan sebuah keperitan yang tidak terhingga. Tubuhnya benar-benar lemah. Air matanya semakin deras mengalir.
      “Nak dengar atau tak?!!!” soal Baharin lagi masih enggan melepaskan rambut gadis itu. Dihatinya langsung tiada rasa belas kasihan.
      “Taknak! Taknak!! Kau tak faham ke aku taknak!!” jerit Najwa yang masih berdegil walaupun tidak selantang tadi. Entah dia tidak tahu sudah berapa pukulan hinggap di tubuhnya pada masa itu. Apa yang ada di pandangan matanya kini hanyalah wajah Natijah yang hanya berdiri tegak memerhatikannya dipukul. Wajah ibunya itu renung tanda meminta pertolongan, namun tiada apa tindakan yang di ambil oleh Natijah. Akhirnya matanya terpejam rapat, tubuhnya benar-benar lemah. Dia tidak berdaya menahan kesakitan.

“MAK…!! Tolong Wawa mak!!!” jerit Najwa lantang.
      Fakrul yang berada di ruang tamu bergegas masuk ke bilik. Dia memandang Najwa yang sedang meronta-ronta. Pelahan tubuh Najwa digoncang untuk mengejutkan gadis itu dari tidur.
      Najwa membuka matanya. Pantas tubuh Fakrul dipeluk. Dia mengigil ketakutan. Sedangkan peluh dingin kian membasahinya. “Wawa takut, mak. Wawa sakit!!” rintihnya pelahan. Dia menangis semahunya.  
      Terbeliak mata Fakrul saat tubuhnya didakap erat oleh Najwa. Apa yang harus dia lakukan? Dia buntu. Jantungnya berdegup kencang. Dia menarik nafas lalu menghembuskan pelahan. Tenang Fakrul, tenang! Bisiknya dalam hati. Tidak pernah dia dipeluk atau memeluk mana-mana perempuan sebelum ini. Namun dia tahu dia harus bijak mengawal keadaan. Dirasakan bajunya sudah basah dengan air mata.
      “Tenang Wawa, kau selamat kat sini. Tiada apa-apa yang perlu kau takutkan,” ujar Fakrul cuba menenangkan Najwa. Pelahan dia meleraikan pelukan gadis itu. Dia merenung wajah Najwa sambil tangannya menjamah lembut bahu gadis itu. “Kau hanya bermimpi aje. Jangan risau, kita orang tak akan apa-apakan kau. So, ko tenangkan fikiran kau dulu okay? Nanti aku hantar kau pulang ke rumah kau kalau kau takut sangat,” ujar Fakrul lagi.
      Dalam sangkaan Fakrul, Najwa pasti mimpi yang bukan-bukan tentang dia dan Sofian. Mungkin salahnya juga sebab membawa gadis itu ke sini. Oleh itu, dia harus bertanggungjawab menghantar gadis itu pulang.
      “Kenapa ni?” soal Sofian yang baru sahaja muncul di ambang pintu.
      “Tak ada apa-apa, dia cuma mengigau,” jawab Fakrul lantas bangkit berdiri. Dia memandang Sofian sebelum berlalu meninggalkan Najwa yang masih terpinga-pinga. ‘Wawa’, sebutnya dalam hati. Entah kenapa ada sesuatu yang menusuk dihatinya saat dia menyebut nama itu. Wawa! Apa yang ada pada nama itu? Kenapa dia jadi tidak keruan setiap kali nama itu bermain difikirannya? Entahlah! Malas untuk Fakrul memikirkan hal itu. Mungkin itu hanya mainan perasaannya sahaja.
      Badannya dibaringkan di atas sofa. Fakrul cuba tidur, tapi tidak boleh. Terasa bertapa hangatnya pelukan Najwa tadi. Saat itu hatinya berdegup kencang. Dia menarik nafas pelahan, cuba mengusir rasa itu kerana bimbang akan menyusahkan kelak.


‘KENAPA? Apa yang tak kena dengan aku ni? Tak mungkin otak aku dah rosak! Nak kata aku pernah terhantuk kat mana-mana, tak ada pula! Argghh!! Banyak lagi yang boleh aku fikirkan, kenapa mesti wajah Wawa jugak yang bermain difikiran aku. Boleh jadi gila aku macam ni!!’ bisik hati kecil Fakrul. Serabut kepalanya saat itu. Fakrul mengusutkan rambutnya.  Otaknya runsing.
      “Kau ni kenapa?” soal Sofian yang sedari tadi memerhatikan Fakrul. Melihat air muka Fakrul sahaja Sofian sudah dapat mengagak pasti ada perkara yang merunsingkan fikiran kawannya itu.
      Fakrul mengeluh. “Tak ada apalah,” dalih Fakrul.
      “Kalau tak ada apa, yang kau nampak gelisah semacam aje ni kenapa?” soal Sofian lagi.
      Wajah Fakrul berkerut. Tidak tahu apa yang harus dia jawap. Dia sendiri pun tidak dapat mentafsir hatinya. Apakah benar dia telah terkena sihir cinta Najwa? Dia tidak tahu. Sebab perasaan seperti ini tidak pernah dirasainya pada mana-mana gadis sebelum ini.
      “Ada kaitan dengan Wawa ke?” soal Sofian yang masih tidak putus asa ingin tahu. Pelahan Fakrul mengangguk. Sofian mula tersenyum. “Kenapa dengan dia?”
      Fakrul mengeluh sebelum memulakan kata-katanya. “Entahlah Pian, aku tak tahu nak explain macam mana kat kau.”
      Dahi Sofian berkerut mendengar kata-kata Fakrul. “Kenapa?” tanya Sofian.  
      “Aku rasa aku dah kena sihir dengan Wawalah! Dia dah sihir aku, Pian!” ujar Fakrul serius. Sofian merenung wajah Fakrul dengan penuh makna, tetapi belum sampai satu minit dia tergelak besar. “Kenapa?” tanya Fakrul hairan
      “Perempuan tu sihir kau? Kau sihirlah dia balik!” Sofian meneruskan tawanya yang semakin kuat.
      Fakrul mengetap bibir. Ditolak kepala Sofian kebelakang. Apa hal lah dungu sangat kawannya itu! Tetapi semakin kuat pula Sofian ketawa, bagaikan dah tak ingat dunia! Kalau iye pun cover lah sikit! Nak bagi satu dunia dengar ke ketawa dia tu. Namun belum sempat dia bersuara, satu kelibat muncul di hadapan pintu. Pantas Fakrul menoleh.
      “Wawa, kau dah boleh berjalan ke?”soal Fakrul.
      Najwa memandang ke arah Fakrul. Tangannya masih berpaut pada pintu, tubuhnya masih lemah. Namun di gagahi jua. Lagi pun dia sudah biasa merasai kesakitan, tubuhnya sudah banyak menampung keperitan. “Aku lapar,” Najwa bersuara pelahan.
      Mendengar kata-kata Najwa. Fakrul segera menerpa ke arahnya. Di papahnya tubuh gadis itu duduk di atas sofa. Kemudian dia bergegas ke dapur. Nasi bungkus yang dibelikan oleh Sofian di ambil lalu di letakkan di atas meja. Kemudian dia mengambil sudu pula. “Makanlah,” pelawa Fakrul.
      Najwa menjamah nasi tersebut dengan lahapnya. Sayu hati Fakrul saat itu. Walaupun sudah acap kali dinafikan, tetapi dia tidak berdaya menipu dirinya lagi. Jiwanya yang bergelora adalah bukti bahawa dia memang telah jatuh cinta pada Najwa. Cinta yang dia sendiri tidak tahu akan kewujudannya dan apakah penghujungnya.
      “Boleh aku tahu nama kau?” tanya Najwa sebaik sahaja selesai makan nasi bungkus yang diberi Fakrul tadi. Matanya memandang tepat ke wajah Fakrul.
      “Hah? Aku? Ermm.. Fakrul..” ucap Fakrul sedikit gagap. Tak sangka dia telah lama mengelamun.
      Najwa memandang ke arah Sofian pula. Sofian yang seakan memahami maksud pandangan Najwa mula bersuara. “Aku Pian, Sofian,” ujarnya.
      Fakrul menarik nafas dalam lalu di hembuskan pelahan-lahan. Inilah masa yang sesuai untuk dia memberitahu Najwa. Dia harus menghantar gadis itu pulang. Walaupun dia terlalu takut berpisah dengan Najwa kerana dia takut tidak akan bertemu dengan Najwa lagi. Tetapi apa yang harus dia lakukan? Sekiranya mereka ada jodoh, dia pasti dia akan berjumpa semula. Dia harus akur dengan ketentuan ILLAHI sekiranya mereka tiada jodoh.
      “Aku sebenarnya dah bincang dengan Pian, yang aku nak hantar kau balik hari ni. Lagi pun parents kau mesti risau tentang kau,” ujar Fakrul. Dia cuba kelihatan tenang walaupun dihatinya bergelora hebat. Hurm… Kenapa kisah macam ini selalu terjadi? Seperti dalam novel-novel yang pernah dibacanya, baru nak bercinta dah berpisah pula.
      Sofian memandang ke arah Fakrul. Sejak bila pula mereka berbincang? Suka-suka aje petik nama dia.
      Mendengar kata-kata Fakrul, air muka Najwa mula berubah. Dia menundukkan wajahnya. “Aku tak nak balik,” jawab Najwa pelahan.
      Mata Fakrul terbeliak. Sedikit terkejut mendengar kata-kata Najwa. Namun dalam hatinya bersorak gembira. Ikutkan hati mahu sahaja dia melompat kegirangan saat itu. Tetapi dia harus menahan perasaannya. “Kenapa?” tanya Fakrul.
      “Aku taknak balik,” sayu suara Najwa saat itu. Dia cuba menahan sebak. Wajah Natijah bermain dimindanya, bertapa dia rindu akan wanita itu. Dia rindu untuk merasa kehangatan sebuah pelukan ibu, dia rindu untuk baring diriba ibunya, indahnya apabila merasa jari jemari halus Natijah membelai rambutnya. Tetapi apabila teringatkan Baharin. Perasaannya berubah. Apa amarahnya mula membara. Dia terlalu benci lelaki itu! Dia benci yang teramat sangat!!!
      Dahi Fakrul berkerut. “Aku tak faham, kenapa kau tak nak balik?” ujar Fakrul.
      “Kau tak perlu faham! Tak perlu faham apa-apa pun tentang aku!!” tiba-tiba suara Najwa meninggi. Ternyata dia tidak berjaya mengawal emosinya. Dia terlalu marah apabila mengenangkan lelaki durjana bernama Baharin. Lelaki yang merampas kebahagiannya!
      Fakrul tersentak. Wajah yang dipenuhi kesedihan itu bertukar menjadi merah akibat menahan marah. Kenapa? Kenapa gadis itu berubah sikap? Dia kaget. Gadis itu seakan menyimpan seribu satu duka. Mungkin disebabkan itu wajah Najwa selalu muram dan kelihatan sedikit sembab, tidak pernah terlakar segaris senyuman pun di bibir manis gadis itu.
      “Macam ni lah, kalau Wawa tak nak balik. Wawa boleh stay kat sini, kita orang akan jaga Wawa sampai Wawa sembuh,” Sofian mencelah apabila dilihat Fakrul hanya diam. Mungkin Fakrul terkejut dengan perubahan sikap Najwa yang mendadak., tekanya.
      Najwa menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu keputusan yang dia ambil ini wajar ke tidak, tetapi apa aje pilihan yang dia ada? Dirinya tidak diperlukan dirumah besar itu lagi. Rumah yang dihiasi dengan kemewahan tetapi tersimpan seribu penderitaan. Rumah yang dibanggakan semua orang tetapi sangat menjijikkan baginya. Dia tidak mahu menjejakkan kaki di rumah itu lagi! Tidak mahu dan tidak akan menjejakkan kaki di rumah itu lagi! Nekadnya dalam hati.
      “Fakrul…” panggil Najwa pelahan. Fakrul memandang Najwa, dan Najwa turut memandang Fakrul. Mata mereka bertentangan. “Kau boleh tolong aku tak?” tanya Najwa.
      Fakrul hanya tersenyum. “Ada bayaran tak? Aku takkan tolong kalau takda tips,” ujar Fakrul selamba. Dahi Najwa berkerut. Fakrul mula tersenggih. “Tak adalah, kau cakaplah apa aje kau nak, aku akan tolong dengan hati yang ihklas mulia.”
      “Hamboi kau, kalau awek minta tolong, kau laju aje. Tapi bila aku minta tolong, seribu alasan kau bagi!” sampuk Sofian.
      Fakrul mula tersenggih. “Awek lain, kau lain. Lagi pun kau apa ada? Tak berbaloi langsung kalau aku tolong kau tau tak? Lain lah awek, tambah-tambah kalau yang cun ni. Lagilah semangat aku!” balas Fakrul.
      “Okay fine, macam ni lah kawan,” ujar Sofian berpura-pura merajuk.
      “Hai.. dengan perempuan pun kau nak dengki ke?”
      Sofian tersenggih. “Eh mestilah!” jawabnya ringkas. Walaupum hakikatnya sedikit pun dia tidak berasa hati apa lagi nak dengki.
      “Sudahlah, aku malas nak layan kau! Errmm… Wawa, kau nak aku tolong apa?”
      “Aku nak kau tolong ambil beg pakaian kat dalam kereta aku, boleh?” ujar Najwa. Hatinya sedikit tercuit melihat telatah Fakrul dan Sofian. Mereka nampak bahagia, selalu tersenyum. Tidak sepertinya, senyuman itu bagaikan terlalu asing dalam dirinya. Hanya air mata menjadi peneman hidup, adakah dia tidak layak untuk bahagia seperti insan-insan yang lain?
      Fakrul mengangguk. Walaupun dia masih tidak faham kenapa Najwa membawa beg pakaiannya sekali? Adakah gadis ini baru balik dari bercuti? Entahlah! Dia sendiri tidak pasti.

bab 3


AIR mata yang mengalir dikesat pelahan. Bibir Fakrul terkumat kamit membaca setiap bait ayat yang tertulis dalam novel yang bertajuk ‘Andai itu takdirnya’. Sungguh menyedihkan! Walaupun dia sudah menggantuk, namun digagahi juga untuk membaca. Kusyuk benar dia ketika itu. Mana tidaknya, dah sampai bahagian klimaks. Memang tak tidur satu malam pun dia sanggup! Satu hobi yang luar biasa, jarang ada pada lelaki.
      Bunyi barangan jatuh dari luar bilik mengejutkan Fakrul. Pantas dia bangun lalu mencapai jam loceng yang jelas menunjukkan pukul 3 pagi. Dia meletakan jam loceng tersebut diatas meja semula. Dia baring kembali. Hishh.. kacau felling betullah! Melalui celahan pintu, dia dapat melihat lampu di bahagian ruang tamu rumahnya terbuka. Niat untuk sambung membaca terpaksa diketepikan. Pelahan dia bangkit lalu melangkah keluar dari biliknya.
      Matanya tertancap ke arah sebatang susuk tubuh yang sedang tersandar lemah di atas sofa. “Kau dah sedar?” soal Fakrul. Dia duduk di atas sofa berhadapan. “Kau okey tak?” soalnya lagi.
      Najwa memandang tajam wajah Fakrul. Wajahnya masam mencuka.
      “Hello, I’m asking you okay,” ujar Fakrul apabila tiada sebarang tindak balas langsung daripada gadis di hadapannya itu. Wajah pucat Najwa di tatap, sedikit perasaan kesian tercalit di hati sebaik melihat balutan luka di atas kepala gadis itu.
      “Eh.. Fakrul, kau tak tidur lagi?” sapa Sofian yang baru sahaja muncul di sebalik dapur sambil membawa segelas air ditangan.
      Fakrul hanya mengangguk. “Aku memang dah biasa tidur lambat, tak gentle lah tidur awal-awal ni. Ha yang kau ni tak tidur lagi kenapa?” soal Fakrul pula.
      “Tak payah nak gentle sangatlahkan? Aku dah tidur dah tadi, baru bangun aje,” jawap Sofian. Memang dia telah tidur lena tadi, tetapi dia terjaga semula sebaik sahaja terdengar bunyi barang jatuh. Dan apabila dia keluar dari bilik, dia mendapati Najwa telah pun sedar dari pengsannya. Sofian berdiri tegak di hadapan Najwa lalu menghulurkan air suam ke arah gadis itu. “Minumlah,” ujar Sofian. Tanpa banyak bicara, gadis itu hanya menurut lalu meneguk air itu pelahan. “Awak lapar?” tanya Sofian lembut.
      Pelahan gadis itu mengangguk.
      “Kalau saya masak bubur nasi untuk awak, awak tak kisahkan?” tanya Sofian lagi untuk mendapatkan kepastian.
      Najwa mengangguk lagi.
      Tanpa membuang masa, Sofian terus bergegas ke dapur. Fakrul yang sedari tadi hanya memerhati mula mencebik. Bisukah perempuan ni? Main angguk-angguk, geleng-geleng pula! Jangan-jangan kemalangan petang tadi yang membuatkan dia jadi bisu tak? Duga hatinya. Hishh.. merepeklah! Ada ke orang yang bisu disebabkan kemalangn kecil? Tak logik langsung!
      “Nama kau apa?” soal Fakrul.
      Seperti biasa, soalan Fakrul hanya di biarkan sepi tanpa jawapan. Hanya pandangan tajam dan wajah yang masam sahaja yang dipamerkan oleh Najwa.
      “Hei perempuan, aku tanya kau ni,” ujar Fakrul mula menyirap. Dia memandang Najwa. Gadis itu masih lagi seperti tadi, tiada sebarang perubahan. Nak kata pekak, tak! Nak kata bisu, entahlah! Fakrul menarik nafas sebelum bersuara lagi. “Accident tadi ke yang menyebabkan kau bisu atau kau memang bisu dari awal?”
      Dahi Najwa berkerut. Soalan bodoh apa yang ditanyakan oleh lelaki itu? Adakah dia tidak berfikir dahulu sebelum bertanya? Bengap ke apa? Huh! Darahnya mula menyirap. Najwa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas hendak melayan lelaki dihadapannya kini.
      Fakrul mula tersenyum. Walaupun gadis itu masih lagi diam seribu bahasa. Tetapi sekurang-kurangnya kata-katanya kali ini ada sedikit perubahan pada riak wajah gadis itu. Baru padan muka! Ingat dia apa? Tunggul?
      Sepeluh minit kemudian, Sofian keluar dari dapur bersama mangkuk bubur ayam di tangan. “Awak boleh makan sendirikan atau nak saya tolong suapkan?” tanya Sofian bagi mendapatkan kepastian.
      “Tak apa, saya boleh makan sendiri,” jawap Najwa dengan suara yang pelahan.
      Mendengar kata-kata Najwa, Sofian meletakkan bubur tersebut di atas meja. “Kalau macam tu saya masuk tidur dululah,” pinta Sofian. Najwa hanya mengangguk.
      “Fakrul, kau tolong tengok-tengokkan dia, aku nak masuk tidur dulu,” ujar Sofian kepada Fakrul pula. Untuk beberapa kalinya di menguap dan mengeliat kecil.
      Fakrul hanya senyum sambil mengangguk. “Beres!” balasnya. Tanpa membuang masa Sofian terus melangkah menuju ke kamarnya.
      “Hai ingatkan bisu tadi,” sindir Fakrul sebaik sahaja Sofian hilang disebalik kamarnya.
      Najwa mengetap bibir. Dia menjeling tajam ke arah Fakrul untuk beberapa saat sebelum mengalihkan pandangannya ke arah mangkuk bubur semula. Dia ingin bangun dari terus bersandar, tetapi tubuhnya terasa lemah. Digagahi juga untuk mencapai mangkuk bubur tersebut. Sebaik sahaja tangannya berjaya mendapatkan mangkuk bubur tersebut, tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat membuatkan dia mula mengerang kesakitan. Habis terlepas mangkuk itu dari tangannya menyebabkan bubur tersebut tumpah membanjiri lantai.
      Fakrul yang sedari tadi hanya memerhati segera bangun mendapatkan Najwa. “Kau okey?” Najwa mengangguk sebaik sahaja denyutan dikepalanya beransur hilang. Fakrul yang masih cemas pantas menyambar tangan Najwa, dia mengambil kain yang kebetulan ada di atas meja tersebut lantas mengelap tangan Najwa yang kian kemerahan dek terkena bubur panas tadi. Selepas tangan itu di lap, dia meniup pula.
      Najwa menyentap tangannya. Dia memandang tajam ke wajah Fakrul. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dihambur lelaki itu dengan kata-kata kesat. Dia cukup tak suka jika ada yang cuba mengambil kesempatan memegang tangannya! Tetapi memandangkan lelaki di hadapannya itu tidaklah sengaja, jadi ditahan sahaja rasa amarahnya didalam hati.
      Najwa mengosok tangannya yang sakit. “Boleh bagi aku kain tu?” minta Najwa sambil memandang kain di tangan Fakrul. Fakrul hanya mengangguk lantas menghulurkan kain itu ke arah Najwa. “Kain apa ni?” soal Najwa apabila hidungnya mula menangkap bau yang kurang menyenangkan.
      Air muka Fakrul berubah sebaik sahaja mendengar soalan Najwa. Dalam teragak-agak, dia bersuara. “Kain lap meja.”
      Mata Najwa terbeliak. Pantas dia mencampak kain itu ke arah Fakrul. “Apa ni? Kau nak kena kan aku ke?” marah Najwa. Dia merenung tajam ke arah wajah Fakrul, manakala lelaki itu hanya tersenggih sebelum ketawa terkekek-kekek. Najwa mengetap bibir. Kemarahan kian meluap-luap. Wajahnya yang putih gebu bertukar menjadi merah. Dia terasa dirinya seakan dipermainkan. “You are too much!!” marah Najwa lagi.
      “Relakslah.. aku tak sengaja kan?” ujar Fakrul cuba menenangkan Najwa. Garang juga awek ni! Tapi comel. Bisik hati kecilnya. “Kejap, aku ambil air untuk kau basuh tangan.” Fakrul lantas berlalu ke dapur, sempat dia menyambung kata-katanya. “Alah.. Macamlah tak biasa, aku tengok tangan kau dengan meja tak ada beza pun!”
      Najwa merengus kasar. Biadap! Marahnya dalam hati.


MELALUI ekor matanya, dia sempat memerhatikan Fakrul yang sedang membongkokkan badannya membersihkan lantai dek tumpahan bubur tadi. Dia tahu yang dia terhutang budi terhadap lelaki itu. Dia tahu bahawa lelaki itulah yang telah menyelamatkannya. Tetapi memang sudah sikapnya begini. Angkuh! Dingin! Dan tidak reti menghargai. Lagipun dia tidak mengharapkan pun segala budi baik Fakrul. Bukan dia yang meminta atau merayu agar Fakrul untuk menolongnya, tetapi lelaki itu yang kononnya baik hati menghulurkan sendiri pertolongan. Kalau peluang sudah ada depan mata, kenapa tak kita gunakan?
      Gluurrrr… perut Najwa berbunyi pelahan namun masih dapat didengar oleh Fakrul dek malam yang terlalu sunyi. Fakrul yang sedang asyik mengelap lantai menoleh ke arah Najwa. Ada senyuman sinis dibibir lelaki itu. Wajah Najwa berkerut. Merah terus wajahnya menahan malu. Dia memukul-mukul perutnya pelahan. Alahai… Masa ini pula perutnya nak berlagu! Lagi pun dia tidak tahu sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri.
      “Kalau lapar, bagitahu. Jangan nak menyombong sangat. Kau ingat kau miss world? muka pun tak adalah lawa mana,” kutuk Fakrul lantas bangkit berdiri dan berlalu ke dapur. Entah kenapa dia rasa sakit aje hati dengan sikap sombong Najwa, menyampah betul bila melihat! Sudahlah ucapan terima kasih pun tak terungkap, boleh pula dia buat perangai sombong dia tu. Ingat aku hadap sangat dengan kau? Pleaselah.. you not my taste! Perempuan pilihan aku adalah perempuan melayu terakhir. Bukan perempuan minah saleh celup macam kau. Dengan rambut merahnya, dan baju yang tak cukup kain. Oh! no.. no.. no…!
      Wajah Najwa masam mencuka. Ikutkan hati mahu sahaja dicili-cilikan mulut Fakrul. Tak habis-habis menyakitkan hatinya. Entah apa yang tidak puas hati sangat lelaki itu dengannya, dia tidak tahu.
      Fakrul memeriksa periuk di atas dapur, nasib bubur yang dimasak Sofian tadi masih ada. Jadi tidaklah dia kebuntuan. Dia mencapai mangkuk lalu menuangkan bubur tersebut ke dalam mangkuk. Kemudian dia menyambar sudu pula. Dia melangkah keluar dari dapur. Lalu duduk di sebelah Najwa.
      “Biar aku suapkan kau makan,” ujar Fakrul apabila Najwa ingin mengambil mangkuk bubur tersebut dari tangannya.
      Dahi Najwa berkerut. “It’s okay, aku boleh makan sendiri, by the way thank,” tolak Najwa dengan nada yang cuba dilembutkan. Tak payah nak tunjuk baik sangatlah! Bebel Najwa dalam hati.
      “Jangan degil boleh tak?”
      “Tak!” jawab Najwa masih berdegil. Lagipun, dia tidak pernah di suap oleh mana-mana lelaki. Dan dia juga tidak mengenali Fakrul.
      “Kenapa kau ni degil sangat? Tak cukup ke kau dah tumpahkan bubur tadi? Atau kau nak aku biarkan kau kelaparan aje?” bebel Fakrul.
      “Aku boleh makan sendiri,” tekan Najwa.
      “Fine,” bidas Fakrul lalu meletakkan mangkuk tersebut di atas meja. Dia dapat melihat tubuh lemah gadis itu berusaha bangun untuk mencapai mangkuk tersebut. Tiba-tiba satu idea jahat menerjah masuk ke dalam fikirannya. Dia mula tersenyum nakal. Sebaik sahaja tangan Najwa berjaya mencapai mangkuk tersebut, Fakrul menolak mangkuk itu agar jauh sedikit. Makin hampir tangan Najwa dengan mangkuk itu, makin jauh mangkuk tersebut.
      “Hoi!” marah Najwa apabila terasa dirinya dipermainkan. Dia mula merengus kasar. Lelaki itu memang sengaja menyakitkan hatinya. Manakala Fakrul sudah mula ketawa berdekah-dekah. Seronok dapat melihat wajah Najwa yang kemerahan dek menahan amarah.
      “Cakap nak makan, ambillah bubur ni makan!” ujar Fakrul tanpa sedikit pun rasa bersalah. Tercuit hatinya saat itu. Comel juga bila tengok awek ni marah! Itulah, siapa suruh sombong sangat.
      Najwa mengetap bibir. Menyirap darahnya. “Aku taknak main-main lah!”
      Fakrul tersenggih. “Dah tu, biar aku suap?” ujar Fakrul lagi.
      Najwa sudah tidak terkata. Lelaki itu memang tak mahu kalah. Kalau dia terus berdegil, alamatnya sampai esoklah dia tidak makan. “Suka hati kau lah!” marah Najwa.
      Fakrul tersenyum lebar. Mana ada orang yang pernah membantah cakapnya. Jika dia cakap sesuatu itu, dia akan pastikan ia menjadi. Pelahan dia menyuap bubur nasi ke dalam mulut gadis itu. Untuk pertama kalinya dia melihat setiap inci wajah Najwa. Bibirnya yang munggil, hidungnya yang mancung, matanya yang galak, bentuk wajahnya bujur sirih dan kulitnya yang putih gebu. Cukup indah ciptaan Tuhan! Ada masanya, dia menelan liur apabila terpandang ke bibir basah Najwa. Algtafirullah Al-Azim, apa yang dia fikirkan ini? Bebelnya dalam hati.
      Entah kenapa dia dapat merasakan ada satu getaran yang melanda di hati. Satu perasaan yang aneh menerjah memasuki kalbunya. Apakah yang dirasakannya saat ini? Kenapa jantungnya terasa berdebar-debar? Dan saat terpandang mata Najwa, dia jadi tak keruan.
      “Hoi! Yang kau tenung aku macam tak pernah tengok orang tu kenapa?” herdik Najwa apabila Fakrul memandangnya tidak berkelip. Lama dia menunggu suapan dari Fakrul. Mulutnya juga sudah lama terngangga. Namun lelaki itu hanya kaku seperti patung.
      Sudu yang dipegang Fakrul terlepas dari tangannya, nasib mangkuk bubur itu tidak tertumpah. Menjerit gadis itu apabila sudu tersebut jatuh di atas bajunya. Fakrul yang masih dalam keadaan terkejut pantas mencapai kain disebelahnya. Mata Najwa terbeliak, sepantas kilat dia merampas kain tersebut dari tangan Fakrul.
      “Kau nak lap aku dengan kain lap meja ni lagi ke?” marah Najwa. Kain tersebut di baling sejauh mungkin, geram sungguh rasanya melihat sikap Fakrul. Dia bangkit dari bersandar lantas mengibas-gibas bajunya yang kotor sedikit.
      Fakrul hanya tersenggih. “Kau makan sendirilah,” ujar Fakrul sambil meletakkan mangkuk bubur tersebut di atas meja. Dia bergegas bangkit lalu menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian dia keluar semula, tuala kecil berwarna putih di hulurkan ke arah Najwa.
      Najwa menyambut tuala kecil tersebut dengan kasar. Wajahnya bengis. Pelahan dia mengelap bajunya mengunakan tuala tersebut.
      Suasana sepi. Masing-masing hanya membisu. Sebaik sahaja bubur tersebut dihabiskan, Najwa meletakkan mangkuk tersebut di atas meja semula. Dia memandang Fakrul yang sedari tadi memerhatikannya. “Kau tak nak tidur ke?” soal Najwa hairan. Tidak mengantukkah lelaki itu? Kalau iye pun tak perlulah menjaganya sampai begini sekali.
      Fakrul mengeleng. “Aku tunggu kau tidur,” ujar Fakrul.
      Dahi Najwa berkerut. “Tunggu aku? Untuk apa?”
      “Kau tidur kat dalam bilik aku aje lah, tak payah tidur kat sini,” ujar Fakrul.
      Mata Najwa dijengkilkan. “Kau gila?” marahnya. Ada ke patut Fakrul ajak tidur dalam biliknya? Ingat dia perempuan apa? Mungkin pakaian dia agak terdedah, tetapi itu tak bermaksud dia semurah itu! Ikutkan hati mahu sahaja ditampar-tamparnya pipi lelaki itu, nasib dia tengah sakit sekarang. Kalau tidak, siaplah!
      “Kenapa pulak?” tanya Fakrul hairan. Apa masalahnya?
      Najwa mengetap bibir. Ini dah kes melampau sangat-sangat dah ni! Boleh pula pamerkan wajah tak bersalah. “Hey jantan! Kalau kau dah terdcsak sangat, kau pergilah cari bertina lain!” maki Najwa. Api kemarahannya meluap-luap.
      Dahi Fakrul berkerut. “Hey perempuan! Kau ingat aku selera sangat ke dengan kau? Maksud aku, kau tidur dalam bilik aku dan aku tidur kat luar. Faham?” marah Fakrul pula. Kau ingat aku nak ajak kau tidur dengan aku? Bisiknya dalam hati.
      Najwa terdiam. Tak tahu apa yang ingin dikatakan. Malu mula menyerbu. Wajahnya ditundukkan. “Lain kali cakap biar jelas. Ini tak, aku ingat apalah tadi..” pelahan sahaja suara Najwa.
      Fakrul mula tersenyum. “Sorry, aku tak tahu pula kau akan berfikir sejauh tu. Lagi pun, untuk pengetahuan kau, aku tak pernah sentuh mana-mana perempuan lagi, aku bukan lelaki macam tu,” terang Fakrul.
      Muka dia ada ke macam muka rosakkan anak dara orang?  Tak ada rasanya. Muka punyalah baik dan suci macam ni boleh dianggap seteruk itu. Sah-sah perempuan tu tak tahu menilai!
      “Dahlah, aku nak tidur,” kata Najwa ingin bangun. Namun tak Berjaya. Tubuhnya benar-benar terasa lemah.
      “Biar aku papah kau,” ujar Fakrul. Dia menerpa ke arah Najwa, ingin membantu gadis itu bangun. Namun Najwa mengerang sakit akibat lebam dipehanya. Dia tidak berdaya untuk bangun. Walaupun dia hanya mempunyai luka-luka ringan dan lebam, tetapi tubuhnya masih lagi lemah. Berdiri pun dia tidak mampu.
      Fakrul mengeluh. Spontan tubuh Najwa didukungnya. Menjerit gadis itu seketika. Fakrul meletakkan Najwa di atas katilnya dengan pelahan. Dia mencapai selimut lalu di hulurkan ke arah Najwa. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah pintu, dia menutup suis lampu dan melangkah keluar lalu menutup pintu.