SEHELAI kain tuala kecil berwarna putih
yang basah diperah lalu diletakkan di atas dahi Fakrul. Hampir tiga hari lelaki
itu demam, tercuit sedikit perasaan kesian di hati Sofian.
“Pian, aku dahagalah.. tolong ambilkan air,” pinta Fakrul.
Sofian mencebik. Mengada-ngada sungguh kawannya itu! Baru aje demam tapi
gelagat dah macam orang sakit tenat. Sampai semua benda dia yang kena sediakan!
Ikutkan hati nak dibiarkan sahaja kawannya itu. Cuma tak sampai hati pula
apabila melihat wajah kesian Fakrul. Dia bingkas bangkit dan berlalu ke dapur.
Fakrul mula tersenyum apabila melihat tubuh gempal Sofian sudah hilang
disebalik dapur. Dia tahu lelaki bermata empat itu tidak akan menolak
permintaannya. Kalau nak diikutkan demamnya dah pun sembuh, tidak sampai tiga
hari pun.
Sofian datang lalu meletakkan segelas air kosong di atas meja di hadapan
sofa tempat Fakrul baring.
“Air kosong aje?” ujar Fakrul.
“Iyelah, orang demam mana boleh minum air manis-manis!”
“Alah.. tak best lah macam ni. Aku taknak minumlah. Biar aku mati
kehausan..”
Mendengar kata-kata Fakrul, Sofian mula merengus. Sakit hatinya melihat
gelagat Fakrul yang mengada-ngada persis budak kecil. “Kalau kau nak air manis,
nanti aku panggil Rosnah buatkan air untuk kau okey?”
Mendengar kata-kata Sofian, air
muka Fakrul mula berubah. Fobia benar dia mendengar nama itu, traumanya masih
belum hilang. Di sebabkan Rosnahlah dia pengsan dua kali dan kini diserang
demam panas. ‘Ya ALLAH… Tolong jauhkan aku dari perempuan tak tulen tu!!’
jeritnya dalam hati.
Melihat riak wajah Fakrul yang berubah pucat serta merta membuatkan hati
Sofian terasa geli. Lelaki itu memang tak pandai berbohong! Melihat riak wajahnya
sahaja sudah dapat mengagak apa yang sedang bermain dihatinya. Ternyata Sofian
tidak dapat mengawal perasaan lalu ketawa berdekah-dekah.
“Kau ni Pian, aku tengah demam ni. Takkan tak kesian kat aku?” luah
Fakrul meraih simpati.
“Iyelah, aku kesian. Kalau aku tak kesian, tak adalah aku jaga kau, aku
sediakan makanan untuk kau, aku sediakan air panas untuk kau mandi, dan aku
ikut segala kehendak kau!” bebel Sofian berbaur sindir selepas menghabiskan
sisa tawanya.
Bibir Fakrul mengukir senyum. “Dah tu tunggu apa lagi, pergilah buat
air. Aku dahaga ni,” arah Fakrul. Matanya dibesarkan tanpa ada rasa bersalah
langsung.
Sofian menjenggilkan matanya memandang Fakrul. Tanpa sepatah kata,
Sofian bangun lalu menuju ke dapur. Dia membancuh air milo dengan wajah yang
masam mencuka. Dalam otaknya ligat mencari idea untuk mengenakan kawannya itu.
Entah bagaimana, tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Lantas bibirnya mula
mengukir senyum apabila mengenangkan niat jahatnya.
Tidak sampai lima minit Sofian keluar dengan segelas air milo panas
ditangan. Sebaik sahaja meletakkan air di atas meja, dia bergegas masuk ke
biliknya. Fakrul yang hanya memerhati telatah sofian mula bangkit dari baringannya lalu mencapai gelas air milo
tersebut.
“Pian, air kau manis sangatlah!!” jerit Fakrul.
Sofian keluar bersama buku lukisan size A3 ditangannya. “Minum aje lah,
tadi nak air manis sangat. Biar kena kencing manis,” ujar Sofian bersahaja. Dia
melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Fakrul lalu meletakkan buku
lukisan size A3 tersebut di atas meja. Tangannya mencapai pensel 2B lantas mula
melakar sesuatu.
“Nanti kalau aku kena kencing manis, then kena potong kaki, kau sanggup ke nak jaga aku?”
“Nanti kalau aku kena kencing manis, then kena potong kaki, kau sanggup ke nak jaga aku?”
“Kalau aku tak sanggup, Rosnah
sanggup kot.”
“Woi.. kau boleh stop tak sebut nama dia? Meremang bulu roma aku!” marah
Fakrul.
“Fakrul, mula-mula memanglah kau tak suka dia, tapi cuba kau kenal hati
budi dia dulu. Mungkin suatu hari nanti pintu hati kau akan terbuka? Aku
percaya dia adalah pilihan yang tepat untuk kau!” Sofian mula bersyarahan
sambil mempamerkan wajah ikhlas dan tulus.
Mendengar kata-kata Sofian cukup meloyakan Fakrul. Dia tersandar lemah
di sofa seakan kehilangan kata-kata. Sakit hatinya hanya tuhan aje yang tahu. Makin
di layan karenah Sofian, makin teruk dia dikenakan.
“Pian, kau memang kejam. Tak cukup ke aku dah demam tiga hari disebabkan
dia? Kau nak aku dihantar ke wap ICU pula ke baru kau puas hati?”
“Hishh..! kau ni.. aku tak adalah kejam sangat.. haa.. tengok ni, aku
dah lukiskan ini untuk kau,” ujar Sofian lalu menunjukkan lukisannya.
Fakrul mengetap bibir. Dia memandang lakaran wajah Roslan yang di
‘pangkah (X)’ dan disertakan perkataan “NO ENTRY”. Tidak dapat dinafikan bahawa
Sofian memang mempunyai bakat dalam melukis.
“Apa tujuan kau lukis ni?”
“Tujuan lukisan ni? Memandangkan Rosnah ni penyebab kau demam, dan menyusahkan aku untuk jaga kau, so dia di larang untuk menjejakkan kakinya ke rumah ini,” jelas Sofian. Lukisan tersebut dileraikan dari buku lukisan size A3 lalu di letakkan sellotape dan di tampalkan di hadapan pintu rumah. Sofian mula tersenyum puas melihat hasil kerjanya.
“Tujuan lukisan ni? Memandangkan Rosnah ni penyebab kau demam, dan menyusahkan aku untuk jaga kau, so dia di larang untuk menjejakkan kakinya ke rumah ini,” jelas Sofian. Lukisan tersebut dileraikan dari buku lukisan size A3 lalu di letakkan sellotape dan di tampalkan di hadapan pintu rumah. Sofian mula tersenyum puas melihat hasil kerjanya.
Spontan Fakrul mengambil bantal kusyen di sebelahnya lalu dicampakkan ke
arah Sofian. Manakala Sofian pula pantas menyambut bantal kusyen tersebut lalu
ketawa terkekek-kekek.
“Dah lah, aku malas nak layan kau!” ujar Fakrul geram. Dia bingkas bangkit
lalu berjalan menuju ke biliknya.
“Lahh.. boleh berjalan rupanya.. ingatkan lumpuh satu badan tadi!”
sindir Sofian. Fakrul tidak menjawab malah hanya tersenggih.
T’SHIRT berwarna hitam yang berkolar
bulat di sarungkan ke tubuh Fakrul. Dia mencapai minyak wangi lalu disemburkan
ke badan. “Handsome juga aku ni rupanya,” puji Fakrul terhadap diri sendiri
dihadapan cermin. Setelah berpuas hati Fakrul pantas mencapai gitar kapok di
atas katil bujangnya. Selepas itu, dia membuka laici almarinya lalu mencapai
pendrive dan di masukkan ke dalam kocek seluar jeansnya yang berwarna biru tua.
Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik, Sofian telah pun terpampang
dihadapan pintu dengan wajah mencuka.
“Kau ni kenapa? Datang bulan ke?” soal Fakrul celupar sebaik melihat
wajah masam Sofian.
Sofian mula tersenggih mendengar kata-kata Fakrul. “Kalaulah aku boleh
datang bulankan? Memang aku belanja kau makan setahun!” balas Sofian bersahaja.
Fakrul pula tersenggih kali ini. Dia tahu perkara itu memang mustahil
terjadi. “Dah tu, yang kau terpacak kat depan pintu bilik aku dengan muka
monyok ni kenapa?”
“TV tu, aku rasa kau kena beli baru lah, rosak dah tu!”
Mendengar kata-kata Sofian, Fakrul terus bergegas keluar dari bilik. Dia
menuju ke arah televisyen. Dia
meletakkan gitar kapoknya dia atas kerusi. Persis seorang professional, dia membelek television tersebut, dan untuk beberapa kali
televisyen itu di ketuknya. Tidak sampai beberapa minit, televisyen tersebut mula mengeluarkan siaran
walaupun tidak berapa jelas. Fakrul mula tersenyum bangga.
“Itu lah kau, Pian. Rosak sikit aje nak buang, nak tukar yang baru.
Macam anak orang kaya. Tv ni elok, masih boleh tengok lagi. Hanya perlukan
sedikit kasih sayang dan belaian aje.”
“Kau cakap elok? Tv ni dah tua sangat dah
kau tau tak? Orang sekarang mana ada lagi yang pakai tv macam ni, ni tv zaman
nenek moyang kau dulu aje, dah layak buat pameran barang-barang antik.”
“Ha.. kalau kau nak tau, itu lah yang uniknya dia,” jawab Fakrul tidak
mahu kalah. Dia tahu televisyen itu jika sekali pandang memang macam dah tak ada
harapan lagi, bak kata orang ‘tunggu masa aje!’. Tetapi mampu ke penganggur ‘terhormat’
sepertinya membeli yang baru? Sudah tentunya tidak.
Sofian hanya mengeluh. Malas hendak berbahas dengan Fakrul. Ekor matanya
sempat memerhatikan Fakrul mencapai gitar lalu keluar dari rumah tersebut.
Sebaik sahaja pintu di tutup, siaran yang ditayangkan di televisyen tersebut
bertukar menjadi hitam semula. Sofian merenggus geram.
“Fakrul, Tv ni memang sayangkan kau. Dia elok bila kau ada. Rosak bila
kau tak ada,” bebel Sofian seorang diri.
Fakrul meneruskan langkah menuju ke warung Pak Lahap yang tidak jauh
dari rumahnya. Dia telah berjanji dengan Zakuan untuk berjumpa di sana
memandangkan kawannya itu ingin meminjam gitar kapoknya. Dari jauh Fakrul sudah
dapat melihat Zakuan, Rahmat, dan Zafar sedang berbual rancak. Tanpa membuang
masa dia mempercepatkan langkahnya menghampiri mereka.
“Zack,” sapa Fakrul lantas menghulurkan gitarnya kepada Zakuan. Lelaki
itu menyambut tanpa banyak bicara. “Okeylah, aku tak ada banyak masa ni, aku
‘gerak dululah,” Fakrul meminta diri walaupun tidak sampai seminit pun dia
tiba.
“Alah.. rileks lah dulu, baru sampai dah nak blah,” ujar Zafar.
“Yang kau
tergesa-gesa sangat ni kenapa?” sampuk Rahmat pula.
“Aku ada hal jap.
Aku nak kena print resume kerja aku, so I need to go,” balas Fakrul. Misi dia
seterusnya adalah ke pekan. Hanya di situ sahaja ada kedai printed. Sempat dia meraba poket seluarnya untuk memastikan dia tidak
tertinggal atau tercicir pendrive. Walaupun hidupnya nampak macam tak ada hala
tuju dan tidak teratur, tetapi jika dia merancang sesuatu dia akan pastikan perkara
itu berjalan dengan lancar.
Fakrul keluar
dari kedai printed Pak Hassan bersama
kertas di tangan. Dalam fikirannya, dia ingin pulang menghantar kertas kemudian
pergi ke warung Pak Lahap semula. Di situlah tempat dia menghabiskan masanya
diwaktu petang. Melepak, kacau awek, dan main gitar. Itulah kerja harianya
selain daripada membaca buku novel. Namun sebaik sahaja dia tiba di satu
simpang, langkahnya terhenti. Matanya tertancap ke arah satu batang tubuh yang
sedang memandangnya. Air mukanya mula berubah.
“FAKRUL!“
Kertas-kertas
yang Fakrul pegang terjatuh. ‘Adoi..Time ni jugaklah kertas ni nak terjatuh.’ keluhnya.
“Fakrul, kenapa
dengan awak ni?” tanya Kadijah berdiri di belakang Fakrul sambil memuncungkan
bibir. Fakrul mengutip kertas-kertas yang terjatuh dengan pantas dan meneruskan
langkah tanpa memperdulikan Kadijah. “Fakrul!! Awak sengaja buat tak dengarkan
apa yang saya cakapkan? Saya panggil awak dari tadi lagi.” Kadijah terus
membebel mengekori langkah Fakrul.
‘Tak penat ke
minah ni bercakap? Tension aku!’ Fakrul merungut dalam hati. Dia malas untuk
berhadapan dengan Kadijah, gadis yang tidak pernah faham bahasa! Buang masa dan
air liurnya sahaja! Tidak penatkah gadis itu mengejarnya? Tidak letihkah dia
menunggunya? Sedangkan sedikit pun dia tidak pernah memberi harapan pada gadis
itu.
“Hey Fakrul! Perlu
ke buat saya macam ni? Awak memang sengaja melarikan diri dari saya kan? Tapi kenapa?
Saya ada buat salah ke?”
Fakrul mengeluh.
Tiada kata yang perlu diucapkan! Salahkah dia jika membiarkan Kadijah terus
mengejarnya? Jika ‘salah’. Apa yang harus dia lakukan? Untuk berhadapan dengan
gadis itu dia sudah tidak sanggup, dia malas untuk melihat air mata gadis itu lagi.
Memang sebelum ini sudah banyak kali dia cuba menyedarkan gadis itu supaya
jangan meletakkan harapan yang tinggi padanya. Jangan mengejarnya. Dan berhenti
menyintainya. Namun gadis itu sangat degil. Apa yang dikatakannya sedikit pun
tidak dihiraukan oleh Katijah. Langkahnya dilajukan.
“FAKRUL!!!!!!”
Kadijah merungus geram apabila melihat Fakrul semakin jauh darinya. Langkahnya
terhenti. Dia benar-benar letih untuk terus mengejar lelaki itu. Tetapi apa aje
cara yang dia ada? Dia terlalu mencintai dan menyayangi Fakrul dengan sepenuh
hati. Adakah itu bermakna dia perlu melepaskan Fakrul?? Tidak!! Perkara itu
sangat mustahil baginya.
Sebelum ini Fakrul melayannya dengan mesra,
seperti kawan-kawannya yang lain. Tetapi dia tidak tahu sejak bila, perasaan
sebagai seorang kawan bertukar menjadi cinta. Bertahun dia memendam rasa, Sejak
dia meluahkan perasaannya terhadap Fakrul, sikap lelaki itu berubah mendadak.
Seakan tidak mahu lagi berkawan dengannya. Dia masih ingat lagi kata-kata
terakhir Fakrul. “Berhenti sukakan aku atau kita takkan berkawan lagi.” Itulah
kata-kata yang membuatkan dia jatuh sakit dekat seminggu. Sudah acap kali dia
cuba lupakan lelaki itu tetapi tidak berdaya.
Fakrul
menghembuskan nafas lega sebaik sahaja kelibat Kadijah tiada lagi. Dia mula
mengukir senyuman. Namun senyumannya tiba-tiba mati. Dia tergamam apabila ada
sebuah kereta Suzuki Swift melintas dihadapannya dengan laju persis hilang
kawalan lalu berlanggar dengan pohon beringin yang terdapat di seberang jalan. Dentuman
kuat bergema.
Sepantas kilat
Fakrul berlari mendapatkan kereta tersebut. Sebaik sahaja tiba dia melihat
seorang gadis yang merupakan pemandu kereta tersebut telah pun tidak
menyedarkan diri bersama darah yang mengalir di dahi. Fakrul cemas. Apa yang
harus dia lakukan? Keringat mula memercik di dahi. Dia menoleh ke arah
sekeliling. Mengharap agar ada insan yang kebetulan lalu di situ. Tetapi hampa.
Nampaknya, nak atau taknak, dia harus bertanggungjawab kerana hanya dia sahaja
yang ada disitu. Dia meneguk liur.
No comments:
Post a Comment