“WOI Fakrul! Ko dengar ke tidak apa yang
aku cakap?” Sofian menepuk bahu Fakrul.
Akibat terkejut, kertas yang berada di tangan Fakrul terjatuh dan
bersepah dilantai. Dia mengeluh. Tidak
tahu sejak bila dia termenung.
“Lah.. berangan rupanya kawan aku sorang ni.” Sambung Sofian.
Fakrul mengutip setiap helaian kertas di lantai tanpa memperdulikan
kata-kata Sofian. Bulan depan dia ada temu duga, jadi dia perlu membuat
persiapan awal. Tambahan pula dia akan pergi ke ibu kota Kuala Lumpur.
“Aku tengok kau ni macam ada masalah je. Kongsilah masalah kau dengan
aku sikit!” Sofian menolong Fakrul mengutip kertas.
Fakrul mengeluh. Banyak soallah kau Pian! Karang aku penyepak muka kau baru
tau! “Hurm..tak ada apa.” jawab Fakrul ringkas.
“Hai..sebelum ni kau tak pernah macam ni?
Kenapa dengan kau? Risau aku tengok.” Sofian menghulurkan kertas di tangannya
kepada Fakrul.
Fakrul meraut muka. “Kau tau kan
aku dipanggil untuk interview di KL?” soal Fakrul. Akhirnya dia mengalah jugak.
Sofian dapat membaca fikirannya, Kalau dia berbohong mesti kantoi punya! Lelaki yang bercermin mata
putih itu memang faham sangat dengan perangai Fakrul.
Sofian mengangguk. Memang dia tahu perihal itu. Tetapi dia tahu itu
bukanlah satu masalah bagi Fakrul, itu adalah impian Fakrul. Dia yang meminta
kerja di sana. Jadi apa yang merungsingkan fikiran Fakrul?
“Yes, I know. That’s a good news.
Congrats! But what is the problem now?”
tanya Sofian.
Fakrul menundukkan kepalanya. Nak cakap ke taknak? Huh! Wawa.. aku hanya
fikir tentang kau aje sekarang ini. Kenapa aku rasa berat sangat untuk pergi ke
sana? Tenang Fakrul. Ada sebulan lebih aje lagi untuk kau bersama Najwa! Tetapi
apa yang akan terjadi seterusnya? Najwa.. sampai bila dia akan terus berada di
sini? Di rumah ini? Lagipun, mampukah dia untuk berjauhan dengan Najwa?
Alangkah indahnya jika gadis itu turut menyintainya. Sudah pasti gadis itu
sanggup menunggunya. Tetapi, perkara itu terlalu mustahil. Siapalah dia jika nak
dibandingkan dengan Najwa? Gadis dingin dan beku itu! Hampir pecah kepalanya
memikirkan segalanya.
“Pasal Wawa lagi lah ni?” Soal Sofian seakan dapat mengagak.
“A’ah. Dia buat aku hampir gila.”
Sofian memandang tepat ke anak mata Fakrul. Dia membeliakkan biji
matanya seolah-olah ternampak hantu ‘Kau ingat aku ni apa nak pandang macam tu!’
gerutu hati kecil Fakrul.
“Perempuan tu pakai sihir apa
sampai kau jadi macam ni?” tanya Sofian membuatkan Fakrul hampir tergelak.
Ingatkan apa tadi.
‘Kau percaya ke aku betul-betul kena sihir? Hahaha… Pian, kau buat aku
makin pening kepalalah layan kebodohan kau,’ kata Fakrul dalam hati.
“Malam ni kita pergi jumpa
ustaz,” usul Sofian bersungguh-sungguh.
Fakrul membeliakkan mata memandang Sofian. “Kau nak jumpa ustaz buat
apa? Nak sihir perempuan tu balik?” soal Fakrul dengan nada yang agak serius. Manalah
tahu kalau kata-kata Sofian tempoh hari bukanlah satu gurauan. Bimbang
sekiranya dia betul-betul memaksudkannya! Peluh mula memercik di dahi Fakrul.
“Bukanlah. Kenapalah kau ni bodoh sangat? Pergi buang sihir kau tu lah.”
Aku bodoh ke kau yang bodoh? Ish.. Kalau layan Sofian ni, sampai esok
tak hilang pening kepala ni! Silap hari bulan kerja dia semua tertangguh!
PERTIKAN gitar terus bergema meriuhkan
lagi warung Pak Lahap pada petang itu. Sesekali Fakrul menyanyi dan memekik,
sengaja dia menyumbangkan suaranya. Menyakitkan telinga para pendengar.
“Kau ni dah kenapa?” soal Zafar. Gitar ditangan Fakrul di rampas.
“Dah aku cerita, korang taknak dengar, so aku nyanyi lah,” balas Fakrul
selamba.
“Kalau kau rasa teringin makan gitar ni, cuba lah nyanyi lagi!” ujar
Zafar disambut gelak ketawa Fakrul.
“Hari ni korang cakap aje nak makan apa, aku belanja!” ujar Zakuan yang
baru sahaja tiba. Dia pantas menarik kerusi dibahagian sebelah Rahmat.
“Terbaiklah Zack! Ini lah baru namanya kawan dunia akhirat,” sampuk
Rahmat.
“Ada apa-apa ke hari ni?” soal Zafar musykil. Mana tidaknya, tiba-tiba
kawannya itu jadi pemurah semacam aje hari ini!
Zakuan hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang sedikit karat
akibat merokok. “Nombor aku kena beb!” jawab Zakuan yang kelihatan gembira.
“Berapa?” tanya Zafar lagi dengan lagak terujanya. Seakan tidak percaya.
“Dua ribu lebih aje.” jawab Zakuan bangga. Kembang kempis hidung saat
itu.
Fakrul yang sedari tadi hanya menjadi
pendengar mula bersuara. “Hai takkan belanja makan kat warung aje kot?”
“Inilah namanya tak reti nak bersyukur,” celah Rahmat.
“Eh! Tak apa, duit aku memang untuk belanja dia aje,” sindir Zakuan lalu
ketawa berdekah-dekah. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluar lantas
mengambil sebatang rokok lalu disuapkan ke mulutnya. Spontan Zafar menyalakan
lighther lalu di hulurkan ke arah Zakuan, membakar hujung rokok kawannya itu.
Almaklumlah, orang duit tengah ‘masuk’, memanglah dilayan bagaikan raja!
“Awek… awek…” ujar Rahmat sambil menujukkan ke arah seorang perempuan berkebaya
merah ketat yang sedang berjalan membelakangi mereka. Serentak mereka semua
menoleh. Walaupun mereka tidak dapat melihat wajah perempuan itu dan hanya
melihat dari arah belakang, tetapi susuk tubuh perempuan tersebut yang agak
berisi tambahan pula apabila dia mengenakan pakai ketat sangat mengiurkan. Lagi
pun kalau awek dah keluar pada senja-senja macam ni, memang jadi bahan usikkan
dioranglah jawapannya!
“Awak.. nombor awak!” jerit Rahmat. Mulalah bunyi tikus mereka keluar.
Manakala Zafar pula sengaja memetik gitar sambil menyanyi lagu. Seronok rasanya
dapat menyakat perempuan tersebut.
“Sombonglah awek ni, langsung tak pandang kita!” ujar Zafar.
“Dah suara kau tak sedap, Boy. Nak buat macam mana? Cuba kalau aku yang
nyanyi,” selar Fakrul pula.
“Banyaklah kau! Suara pun macam katak. Tapi aku tak puas hatilah,” ucap
Zafar lantas berdiri. Dia meletakkan gitar di atas meja. Serentak mereka semua
bersorak, semangatnya mula berkobar-kobar! Dengan lagak ‘macho’, dia
menghampiri perempuan tersebut.
“Hai awak, nak kenal boleh?” sapa Zafar. Perempuan tersebut menoleh.
Wajah Zafar berubah pucat. Mengeletar badannya saat itu. “Fakrul!! Awek
kau…!!!!!” jerit Zafar lantas lari bagaikan lipas kudung. Serentak mereka semua
ketawa. Roslan yang pada mulanya hairan mula menoleh ke arah sekumpulan lelaki
yang sedang ketawa bagaikan tidak ingat dunia. Matanya tertancap pada satu
kelibat yang dicari-cari sedari tadi.
“ABANG FAKRUL!!!” jeritnya lantas berlari mendapatkan Fakrul. Pada saat
itu juga, berterabur mereka berlari menyelamatkan diri. Dan yang paling laju
lagi adalah si trauma yang pernah demam tiga hari, yakni Fakrul. Persis halilintar dia berlari pada tika itu.
No comments:
Post a Comment