“TAK! Aku takkan kahwin!!!” bentak Najwa
kasar. Sepantas kilat satu penampar hinggap di pipinya. Terjelepuk gadis itu di
atas lantai. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua. Dia
menyentuh pipinya yang terasa bahang. Dapat dirasakan cecair mengalir
dibibirnya yang pecah dek tamparan tadi. Api kemarahanannya kian meluap-luap.
“Kau jangan degil cakap aku!!” terking Baharin. Wajahnya bengis. Dia
cukup pantang jika ada yang berani melawan cakapnya.
Najwa menjeling tajam ke arah Baharin. Tangannya digempal kemas. “Kau
siapa nak tentukan hidup aku?! Kau tak ada hak atas aku lah ‘celaka’!!!” jerit
Najwa.
Baharin menjengkilkan matanya. Baginya Najwa memang sudah melampau!
Perempuan itu patut di ajar! “Biadap! Biar aku ajar kau cara bercakap dengan
orang tua!!!” herdik Baharin. Di sepaknya Najwa berkali-kali. Semakin gadis itu
mengerang kesakitan, semakin puas hatinya. Tiada langsung perikemanusiaan. Apabila
kemarahannya beransur hilang. Dia mula duduk melutut dihadapan Najwa, rambut
Najwa direntap. “Sekarang kau nak dengar cakap aku ke tak?!!” soalnya kasar.
Najwa hanya mengerang kesakitan. Dia memegang tangan Baharin, cuba
menarik tangan lelaki itu dari terus mengengam rambutnya. Berdenyut-denyut
kepalanya tika dan detik itu. Dapat dirasakan sebuah keperitan yang tidak
terhingga. Tubuhnya benar-benar lemah. Air matanya semakin deras mengalir.
“Nak dengar atau tak?!!!” soal Baharin lagi masih enggan melepaskan
rambut gadis itu. Dihatinya langsung tiada rasa belas kasihan.
“Taknak! Taknak!! Kau tak faham ke aku taknak!!” jerit Najwa yang masih
berdegil walaupun tidak selantang tadi. Entah dia tidak tahu sudah berapa
pukulan hinggap di tubuhnya pada masa itu. Apa yang ada di pandangan matanya kini
hanyalah wajah Natijah yang hanya berdiri tegak memerhatikannya dipukul. Wajah
ibunya itu renung tanda meminta pertolongan, namun tiada apa tindakan yang di
ambil oleh Natijah. Akhirnya matanya terpejam rapat, tubuhnya benar-benar
lemah. Dia tidak berdaya menahan kesakitan.
“MAK…!! Tolong Wawa mak!!!” jerit Najwa
lantang.
Fakrul yang berada di ruang tamu bergegas masuk ke bilik. Dia memandang
Najwa yang sedang meronta-ronta. Pelahan tubuh Najwa digoncang untuk
mengejutkan gadis itu dari tidur.
Najwa membuka matanya. Pantas tubuh Fakrul
dipeluk. Dia mengigil ketakutan. Sedangkan peluh dingin kian membasahinya. “Wawa
takut, mak. Wawa sakit!!” rintihnya pelahan. Dia menangis semahunya.
Terbeliak mata Fakrul saat tubuhnya didakap erat oleh Najwa. Apa yang
harus dia lakukan? Dia buntu. Jantungnya berdegup kencang. Dia menarik nafas
lalu menghembuskan pelahan. Tenang Fakrul, tenang! Bisiknya dalam hati. Tidak
pernah dia dipeluk atau memeluk mana-mana perempuan sebelum ini. Namun dia tahu
dia harus bijak mengawal keadaan. Dirasakan bajunya sudah basah dengan air
mata.
“Tenang Wawa, kau selamat kat sini. Tiada apa-apa yang perlu kau
takutkan,” ujar Fakrul cuba menenangkan Najwa. Pelahan dia meleraikan pelukan
gadis itu. Dia merenung wajah Najwa sambil tangannya menjamah lembut bahu gadis
itu. “Kau hanya bermimpi aje. Jangan risau, kita orang tak akan apa-apakan kau. So, ko tenangkan fikiran kau dulu okay? Nanti aku hantar kau pulang ke
rumah kau kalau kau takut sangat,” ujar Fakrul lagi.
Dalam sangkaan Fakrul, Najwa
pasti mimpi yang bukan-bukan tentang dia dan Sofian. Mungkin salahnya juga
sebab membawa gadis itu ke sini. Oleh itu, dia harus bertanggungjawab
menghantar gadis itu pulang.
“Kenapa ni?” soal Sofian yang baru sahaja muncul di ambang pintu.
“Tak ada apa-apa, dia cuma mengigau,” jawab Fakrul lantas bangkit
berdiri. Dia memandang Sofian sebelum berlalu meninggalkan Najwa yang masih
terpinga-pinga. ‘Wawa’, sebutnya dalam hati. Entah kenapa ada sesuatu yang
menusuk dihatinya saat dia menyebut nama itu. Wawa! Apa yang ada pada nama itu?
Kenapa dia jadi tidak keruan setiap kali nama itu bermain difikirannya?
Entahlah! Malas untuk Fakrul memikirkan hal itu. Mungkin itu hanya mainan
perasaannya sahaja.
Badannya dibaringkan di atas sofa. Fakrul cuba tidur, tapi tidak boleh. Terasa
bertapa hangatnya pelukan Najwa tadi. Saat itu hatinya berdegup kencang. Dia
menarik nafas pelahan, cuba mengusir rasa itu kerana bimbang akan menyusahkan
kelak.
‘KENAPA? Apa yang tak kena dengan aku
ni? Tak mungkin otak aku dah rosak! Nak kata aku pernah terhantuk kat
mana-mana, tak ada pula! Argghh!! Banyak lagi yang boleh aku fikirkan, kenapa
mesti wajah Wawa jugak yang bermain difikiran aku. Boleh jadi gila aku macam
ni!!’ bisik hati kecil Fakrul. Serabut kepalanya saat itu. Fakrul mengusutkan
rambutnya. Otaknya runsing.
“Kau ni kenapa?” soal Sofian yang sedari tadi memerhatikan Fakrul.
Melihat air muka Fakrul sahaja Sofian sudah dapat mengagak pasti ada perkara
yang merunsingkan fikiran kawannya itu.
Fakrul mengeluh. “Tak ada apalah,” dalih Fakrul.
“Kalau tak ada apa, yang kau nampak gelisah semacam aje ni kenapa?” soal
Sofian lagi.
Wajah Fakrul berkerut. Tidak tahu apa yang harus dia jawap. Dia sendiri
pun tidak dapat mentafsir hatinya. Apakah benar dia telah terkena sihir cinta
Najwa? Dia tidak tahu. Sebab perasaan seperti ini tidak pernah dirasainya pada
mana-mana gadis sebelum ini.
“Ada kaitan dengan Wawa ke?” soal Sofian yang masih tidak putus asa
ingin tahu. Pelahan Fakrul mengangguk. Sofian mula tersenyum. “Kenapa dengan
dia?”
Fakrul mengeluh sebelum memulakan kata-katanya. “Entahlah Pian, aku tak
tahu nak explain macam mana kat kau.”
Dahi Sofian berkerut mendengar kata-kata Fakrul. “Kenapa?” tanya Sofian.
“Aku rasa aku dah kena sihir dengan Wawalah! Dia dah sihir aku, Pian!”
ujar Fakrul serius. Sofian merenung wajah Fakrul dengan penuh makna, tetapi
belum sampai satu minit dia tergelak besar. “Kenapa?” tanya Fakrul hairan
“Perempuan tu sihir kau? Kau sihirlah dia
balik!” Sofian meneruskan tawanya yang semakin kuat.
Fakrul mengetap bibir. Ditolak kepala Sofian kebelakang. Apa hal lah
dungu sangat kawannya itu! Tetapi semakin kuat pula Sofian ketawa, bagaikan dah
tak ingat dunia! Kalau iye pun cover lah sikit! Nak bagi satu dunia dengar ke
ketawa dia tu. Namun belum sempat dia bersuara, satu kelibat muncul di hadapan
pintu. Pantas Fakrul menoleh.
“Wawa, kau dah boleh berjalan ke?”soal Fakrul.
Najwa memandang ke arah Fakrul. Tangannya masih berpaut pada pintu,
tubuhnya masih lemah. Namun di gagahi jua. Lagi pun dia sudah biasa merasai
kesakitan, tubuhnya sudah banyak menampung keperitan. “Aku lapar,” Najwa
bersuara pelahan.
Mendengar kata-kata Najwa. Fakrul segera menerpa ke arahnya. Di papahnya
tubuh gadis itu duduk di atas sofa. Kemudian dia bergegas ke dapur. Nasi
bungkus yang dibelikan oleh Sofian di ambil lalu di letakkan di atas meja.
Kemudian dia mengambil sudu pula. “Makanlah,” pelawa Fakrul.
Najwa menjamah nasi tersebut dengan lahapnya. Sayu hati Fakrul saat itu.
Walaupun sudah acap kali dinafikan, tetapi dia tidak berdaya menipu dirinya
lagi. Jiwanya yang bergelora adalah bukti bahawa dia memang telah jatuh cinta
pada Najwa. Cinta yang dia sendiri tidak tahu akan kewujudannya dan apakah
penghujungnya.
“Boleh aku tahu nama kau?” tanya Najwa sebaik sahaja selesai makan nasi
bungkus yang diberi Fakrul tadi. Matanya memandang tepat ke wajah Fakrul.
“Hah? Aku? Ermm.. Fakrul..” ucap
Fakrul sedikit gagap. Tak sangka dia telah lama mengelamun.
Najwa memandang ke arah Sofian pula. Sofian yang seakan memahami maksud
pandangan Najwa mula bersuara. “Aku Pian, Sofian,” ujarnya.
Fakrul menarik nafas dalam lalu di hembuskan pelahan-lahan. Inilah masa
yang sesuai untuk dia memberitahu Najwa. Dia harus menghantar gadis itu pulang.
Walaupun dia terlalu takut berpisah dengan Najwa kerana dia takut tidak akan
bertemu dengan Najwa lagi. Tetapi apa yang harus dia lakukan? Sekiranya mereka ada
jodoh, dia pasti dia akan berjumpa semula. Dia harus akur dengan ketentuan
ILLAHI sekiranya mereka tiada jodoh.
“Aku sebenarnya dah bincang dengan Pian, yang aku nak hantar kau balik
hari ni. Lagi pun parents kau mesti
risau tentang kau,” ujar Fakrul. Dia cuba kelihatan tenang walaupun dihatinya
bergelora hebat. Hurm… Kenapa kisah macam ini selalu terjadi? Seperti dalam
novel-novel yang pernah dibacanya, baru nak bercinta dah berpisah pula.
Sofian memandang ke arah Fakrul. Sejak bila pula mereka berbincang?
Suka-suka aje petik nama dia.
Mendengar kata-kata Fakrul, air muka Najwa mula berubah. Dia menundukkan
wajahnya. “Aku tak nak balik,” jawab Najwa pelahan.
Mata Fakrul terbeliak. Sedikit terkejut mendengar kata-kata Najwa. Namun
dalam hatinya bersorak gembira. Ikutkan hati mahu sahaja dia melompat kegirangan
saat itu. Tetapi dia harus menahan perasaannya. “Kenapa?” tanya Fakrul.
“Aku taknak balik,” sayu suara Najwa saat itu. Dia cuba menahan sebak. Wajah
Natijah bermain dimindanya, bertapa dia rindu akan wanita itu. Dia rindu untuk
merasa kehangatan sebuah pelukan ibu, dia rindu untuk baring diriba ibunya,
indahnya apabila merasa jari jemari halus Natijah membelai rambutnya. Tetapi
apabila teringatkan Baharin. Perasaannya berubah. Apa amarahnya mula membara.
Dia terlalu benci lelaki itu! Dia benci yang teramat sangat!!!
Dahi Fakrul berkerut. “Aku tak faham, kenapa kau tak nak balik?” ujar
Fakrul.
“Kau tak perlu faham! Tak perlu faham apa-apa pun tentang aku!!”
tiba-tiba suara Najwa meninggi. Ternyata dia tidak berjaya mengawal emosinya.
Dia terlalu marah apabila mengenangkan lelaki durjana bernama Baharin. Lelaki
yang merampas kebahagiannya!
Fakrul tersentak. Wajah yang dipenuhi kesedihan itu bertukar menjadi
merah akibat menahan marah. Kenapa? Kenapa gadis itu berubah sikap? Dia kaget.
Gadis itu seakan menyimpan seribu satu duka. Mungkin disebabkan itu wajah Najwa
selalu muram dan kelihatan sedikit sembab, tidak pernah terlakar segaris senyuman
pun di bibir manis gadis itu.
“Macam ni lah, kalau Wawa tak nak
balik. Wawa boleh stay kat sini, kita
orang akan jaga Wawa sampai Wawa sembuh,” Sofian mencelah apabila dilihat
Fakrul hanya diam. Mungkin Fakrul terkejut dengan perubahan sikap Najwa yang
mendadak., tekanya.
Najwa menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu keputusan yang dia ambil ini
wajar ke tidak, tetapi apa aje pilihan yang dia ada? Dirinya tidak diperlukan
dirumah besar itu lagi. Rumah yang dihiasi dengan kemewahan tetapi tersimpan
seribu penderitaan. Rumah yang dibanggakan semua orang tetapi sangat
menjijikkan baginya. Dia tidak mahu menjejakkan kaki di rumah itu lagi! Tidak
mahu dan tidak akan menjejakkan kaki di rumah itu lagi! Nekadnya dalam hati.
“Fakrul…” panggil Najwa pelahan. Fakrul
memandang Najwa, dan Najwa turut memandang Fakrul. Mata mereka bertentangan. “Kau
boleh tolong aku tak?” tanya Najwa.
Fakrul hanya tersenyum. “Ada bayaran tak? Aku takkan tolong kalau takda tips,”
ujar Fakrul selamba. Dahi Najwa berkerut. Fakrul mula tersenggih. “Tak adalah,
kau cakaplah apa aje kau nak, aku akan tolong dengan hati yang ihklas mulia.”
“Hamboi kau, kalau awek minta tolong, kau laju aje. Tapi bila aku minta
tolong, seribu alasan kau bagi!” sampuk Sofian.
Fakrul mula tersenggih. “Awek lain, kau lain. Lagi pun kau apa ada? Tak
berbaloi langsung kalau aku tolong kau tau tak? Lain lah awek, tambah-tambah
kalau yang cun ni. Lagilah semangat aku!” balas Fakrul.
“Okay fine, macam ni lah
kawan,” ujar Sofian berpura-pura merajuk.
“Hai.. dengan perempuan pun kau nak dengki ke?”
Sofian tersenggih. “Eh mestilah!” jawabnya ringkas. Walaupum hakikatnya
sedikit pun dia tidak berasa hati apa lagi nak dengki.
“Sudahlah, aku malas nak layan kau! Errmm… Wawa, kau nak aku tolong
apa?”
“Aku nak kau tolong ambil beg pakaian kat dalam kereta aku, boleh?” ujar
Najwa. Hatinya sedikit tercuit melihat telatah Fakrul dan Sofian. Mereka nampak
bahagia, selalu tersenyum. Tidak sepertinya, senyuman itu bagaikan terlalu
asing dalam dirinya. Hanya air mata menjadi peneman hidup, adakah dia tidak
layak untuk bahagia seperti insan-insan yang lain?
Fakrul mengangguk. Walaupun dia masih tidak faham kenapa Najwa membawa
beg pakaiannya sekali? Adakah gadis ini baru balik dari bercuti? Entahlah! Dia
sendiri tidak pasti.
No comments:
Post a Comment