MATANYA terbuka luas. Dari tadi dia
sudah berusaha untuk tidur, tetapi gagal! Matanya terlalu sukar untuk
dipejamkan. Mungkin sebab dia sudah terlalu lama tidur! Mana tidaknya, sejak
dia duduk di sini, siang malam dia tidur, tidak tentu masa! Najwa mula bangkit
dan duduk di birai katil. Sepi! Dia bosan! Sangat-sangat bosan! Apa yang perlu
dia lakukan? Dia tidak tahu!
Najwa berdiri. Seraya tuala yang tergantung di kepala katil di
sambarnya. Kemudian dia menarik beg pakaiannya dari tepi katil. Dia
menyelongkar dalam beg tersebut, kosong! Pantas matanya terpandang ke arah pakaian
bertimbun yang telah dipakainya di tepi pintu tandas. Memang diakui, sepanjang
dia duduk di sini. Dia tidak pernah membasuh pakaiannya. Najwa menguak
rambutnya ke belakang. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
“Fakrul!” panggil Najwa separa menjerit. Tidak sampai beberapa minit,
lelaki itu telah pun terpempang di ambang pintu.
“Kenapa?” soal Fakrul yang agak terkejut dengan pangilan Najwa tadi.
Bimbang sekiranya ada apa-apa yang berlaku terhadap gadis itu.
“Aku nak basuh baju,” ujar Najwa.
Mendengar kata-kata Najwa, mata Fakrul
terus memandang ke arah timbunan baju-baju gadis itu yang telah dipakai. Fakrul
mula tersenyum sinis. Mana tidaknya, ingatkan gadis itu akan terus membiarkan bajunya
mengunung tidak di basuh-basuh, boleh buat pameran! Tetapi tak sangka terfikir
juga dia nak basuh baju-baju itu, mungkin baju yang ingin di pakai sudah tiada.
Duga Fakrul dalam hati.
Tanpa membuang masa. Fakrul terus beredar mengambil bakul, kemudian dia
kembali semula dan meletakkan pakaian tersebut didalam bakul. “Follow aku,” ujar Fakrul sambil
mengangkat bakul yang berisi pakaian kotor tersebut. Najwa hanya akur dan
menuruti Fakrul dari belakang. Fakrul berjalan memasuki dapur lalu membuka
pintu di bahagian belakang rumah, Dia
meletakkan bakul di atas lantai simen. Kemudian dia mengambil sabun pencuci
baju dan baldi.
“Kau duduk atas bangku tu, dan basuh sendiri pakai tangan,” ujar Fakrul
sambil jarinya ditunjukkan ke arah bangku kecil.
Najwa terkesima. Terdiam dia saat itu. “Basuh pakai tangan?” tanya Najwa
mendapatkan kepastian.
Fakrul mengangguk dua kali. “Kenapa?”
“Takkan tak ada washing machine?”
Fakrul mengeleng. “Nope,” jawab Fakrul.
Dahi Najwa berkerut seribu. Lemah semangatnya saat itu, manakala
lututnya pula terasa longlai. Basuh pakai tangan? Tidak pernah terlintas
difikirannya yang dia akan menghadapi situasi begini. Jika di rumah, mesin
basuh baju pun dia tidak pernah sentuh. Sebab ada orang yang akan basuhkan baju
dia. Sehingga pakaian ‘dalam’ dia pun orang uruskan! Yang dia tahu, bila dia
nak, semua telah pun tersusun kemas di dalam almari.
“Kenapa diam?” soal Fakrul. Dia seakan dapat mengagak apa yang bermain
difikiran Najwa. Dia mula tersenggih. “Ke kau nak aku tunjuk ajar?” sambung
Fakrul lagi.
Najwa tidak terkata. Dunianya terasa kelam. Tidak pernah dia
‘mengotorkan’ tangannya dengan kerja-kerja rumah! Dia mula meneguk liur.
Melihat Najwa hanya membisu seribu bahasa. Fakrul pantas mencapai bangku
lalu duduk di atasnya. “Kau tengok aku basuh,” ujar Fakrul. Entah kenapa dia
mudah berasa simpati terhadap gadis itu. Bersama dengan gadis itu boleh
memberikannya seribu satu rasa. Perasaannya bercampur aduk. Kadang-kadang dia
berasa menyampah dan benci melihat sikap gadis itu yang angkuh, tidak tahu
berterima kasih dan langsung tiada rasa bersalah. Adakalanya pula hatinya jadi
sayu dan tidak keruan apabila melihat wajah gadis itu yang muram. Apa-apa pun,
dia tetap gembira selagi dapat menatap sepasang mata redup itu.
Najwa menghembus nafas. Lega rasanya mendengar kata-kata Fakrul.
Sekurang-kurangnya lelaki itu sudi memberi tunjuk ajar. Tidaklah dia main
‘bantai’ aje!
Satu lagi bangku di sambar. Najwa duduk berhadapan dengan Fakrul. Dia
mula meneliti cara lelaki itu membasuh bajunya. Kadang-kadang hatinya terdetik
dengan satu soalan, kenapalah Fakrul terlalu baik dengannya? Dia tidak faham.
Betul-betul tidak memahami! Tiba-tiba satu idea nakal menerjah ke dalam
kepalanya. ‘Alang-alang celuk perkasam, biar sampai ke pakal lengan! Alang-alang
tolong tunjuk ajar, biarlah basuh semua sekali. Hehehe..’ bisik hati kecilnya.
Setelah selesai membasuh sehelai baju, Fakrul meletakkan baju tersebut
ke dalam baldi. “Boleh buat tak?” tanya Fakrul. Mengharap agar Najwa dapat
menangkap setiap apa yang di ajarnya, supaya bolehlah dia bangun dan berlalu,
membiarkan gadis itu meneruskan kerjanya. Sebab baginya, tugasannya hanyalah
mengajar gadis itu. Bukannya membasuhkan pakaian gadis itu. Jangan haraplah dia
akan bagi muka kali ini. Sudahlah sebelum ini dia yang kena bersihkan
dapur yang telah dikotorkan Najwa,
manakala gadis itu boleh pula lena tanpa ada rasa bersalah.
Namun Najwa hanya mengeleng tanda masih tidak tahu. Tanpa membuang masa,
Fakrul menyambar lagi sehelai baju lalu di berusnya. Niat untuk bangun dan
berlalu di matikan. Setelah selesai membasuh sehelai baju, dia meletakkan baju
tersebut ke dalam baldi. “Macam mana, boleh buat tak?” tanya Fakrul lagi. Najwa
mengeleng lagi. Sekian kalinya, Fakrul mengambil sehelai lagi baju lalu di
berusnya. Begitulah seterusnya. Geli hati Najwa saat mengenangkan bertapa
mudahnya untuk dia mempergunakan Fakrul!
“BAJU yang ni sekali,” ujar Najwa lalu
menghulurkan sehelai baju ke arah Fakrul. Fakrul hanya menurut lalu memberus
baju itu pula. Najwa mula tersenyum. Lurus sungguh lelaki itu! Di biarkan
sahaja lelaki itu memberus bajunya. Bersungguh-sungguh Fakrul menunjukkan ‘teknik-teknik’
membasuh baju, sehingga dia seakan terlupa bahawa baju itu sepatutnya dibasuh
oleh Najwa. Manakala Najwa pula mulalah mengambil kesempatan di atas ‘kebebalan’
Fakrul.
Fakrul mengeliat kecil. Lengguh rasanya apabila terpaksa membongkok
membasuh baju. Kemudian dia mengambil sehelai lagi pakaian lalu di berusnya.
Najwa yang sedari tadi memerhati mula berasa bosan! Dalam fikirannya mula
terbayang gambar katil. Alangkah indahnya jika dia dapat lena tika itu. Tanpa
berfikir panjang, dia menolak kesemua bajunya ke arah Fakrul.
“Kau habiskan ajelah basuh ni, aku nak tidur!” ujar Najwa yang mula
bangkit berdiri. Langsung tiada rasa bersalah. Dia mula mengatur langkah ingin
beredar dari situ.
Fakrul mengetap gigi mendengar kata-kata Najwa. Baru tersedar akan
kebendulannya. Hampir separuh baju gadis itu telah di basuhnya! Bagaimanalah
dia boleh tak perasan? Argghh.. Tak kisahlah apa-apa pun. Jangan harap dia akan
bagi muka dekat gadis itu!
“Yang ni pun nak aku basuh jugak ke?” tanya Fakrul.
Langkah Najwa terhenti sebaik
sahaja tiba di hadapan pintu. Dia pantas menoleh. Matanya terbeliak saat
terpandang ‘baju kecil’ nya yang berwara merah jampu belang putih yang berada
di tangan Fakrul. Tak senonoh betul!! Sepantas kilat dia menghampiri Fakrul
seraya menyentap baju tersebut dari tangan Fakrul. “Tak payah!!!” marah Najwa.
Perasaan malu mula menyerbu.
“Macam mana dengan ni pulak?” tanya Fakrul lagi sambil mengangkat sehelai
lagi ‘baju kecil’ Najwa.
“Fakrul!!” marah Najwa pantas merampas baju tersebut juga. Menyirap
darahnya saat itu. Terasa menyesal kerana menyuruh Fakrul membasuh bajunya.
Tanpa berfikir panjang, dia duduk semula di atas bangku. Dilihatnya Fakrul
sudah pun ketawa terbahak-bahak. Apa yang lucu pun dia tidak tahu. “Dahlah, aku
nak basuh baju!” kata Najwa lalu menarik pakaiannya yang berada di hadapan
Fakrul.
“Aik? Bukan tadi kau suruh aku basuh ke? Bak lah sini, aku tengah rajin
ni. Tambah rajin kalau basuh pakaian-pakaian dalam, berkobar-kobar semangat aku!”
kata Fakrul yang masih dalam sisa tawanya.
Wajah Najwa masam. Dia memandang tajam wajah Fakrul. Mendidih darahnya
mendengar kata-kata Fakrul. Perkara ‘sensitive’
macam ini pun boleh dijadikan gurauan? Teruk sungguh! Sedangkan wajahnya sudah
pun kemerahan menahan malu. Untuk masa sekarang, rasanya lebih baik jika dia
hanya berdiam. Bimbang sekiranya dia membuka mulut, semakin teruk Fakrul
menyakatnya.
“Tapikan, aku aku tak tahu kenapa bila pandang kau hati aku macam rasa
sesuatu…” ujar Fakrul dalam nada agak pelahan sambil merenung wajah Najwa.
Najwa yang mendengar kata-kata Fakrul mula tak senang duduk. Tak keruan jadinya
apabila dengar kata-kata Fakrul. “ Not bad, ‘besar’ jugakkan?” sambung Fakrul
celupar.
Berderau darah Najwa mendengar kata-kata Fakrul yang dianggap ‘lucah’
itu. “FAKRUL!!!” marah Najwa. Habis segala yang ada di sebelahnya di campak ke
arah Fakrul. Manakala lelaki itu hanya ketawa dan berlari meninggalkannya.
Melampau! Fakrul betul-betul melampau! Jeritnya dalam hati.
PINTU bilik di hempas kuat, sengaja
menunjukkan protesnya. Najwa dapat membayangkan bertapa gembiranya Fakrul
kerana dapat mengenakannya. Lelaki itu tidak boleh diberi muka. Najwa berasa
marah! Sangat-sangat marah! Sebelum dia masuk ke bilik tadi, sempat dia
menjeling tajam ke arah lelaki itu. Tetapi Fakrul hanya menunjukkan wajah
selamba, seakan tidak ada apa-apa yang berlaku. Hanya Sofian sahaja yang
memandang dengan pandangan hairan.
Najwa menyembamkan diri di atas katil. Dia menarik selimut lalu menyelimuti
seluruh tubuhnya. Entah kenapa kata-kata Fakrul itu seakan tergiang-giang dalam
kepala otaknya. Dia bangkit kembali. Hatinya panas. “Eiiiii…!!” protesnya
sambil mencampakkan bantal dan selimut yang ada ke atas lantai. Merah mukanya
saat itu menahan amarah.
Matanya meliar ke sekeliling bilik Fakrul. Najwa bangkit. Hatinya masih
belum lega. Tanpa berfikir panjang, dia membuka almari pakaian Fakrul.
Dihumbannya pakaian-pakaian Fakrul ke lantai. Lalu di pijak dan dilompat-lompat
atas baju itu, membayangkan jika wajah Fakrul yang ada di situ. Setelah penat.
Dia menyepak baju Fakrul ke tepi. Geram! Dia berjalan ke arah almari yang lain
pula, pantas pintu almari itu dibuka. Dia tergamam.
Buku-buku novel tersusun cantik di dalam almari tersebut. Ini bilik
lelaki ke perempuan? Ada juga lelaki yang gemar membaca dan mengumpul
koleksi-koleksi novel? Huh! Lelaki berjiwa wanita macam ni lah, katanya dalam
hati. Dibeleknya satu persatu novel. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan orang
boleh menjadikan novel itu sebagai satu hobi, sedangkan dia baru sahaja membaca
sinopsis di belakang novel sudah mengantuk! Inikan pula ingin membaca isi
kandungannya. Lagilah! Simpang malaikat 44!
No comments:
Post a Comment