AIR mata yang mengalir dikesat pelahan.
Bibir Fakrul terkumat kamit membaca setiap bait ayat yang tertulis dalam novel yang
bertajuk ‘Andai itu takdirnya’. Sungguh menyedihkan! Walaupun dia sudah menggantuk,
namun digagahi juga untuk membaca. Kusyuk benar dia ketika itu. Mana tidaknya,
dah sampai bahagian klimaks. Memang tak tidur satu malam pun dia sanggup! Satu
hobi yang luar biasa, jarang ada pada lelaki.
Bunyi barangan jatuh dari luar bilik mengejutkan Fakrul. Pantas dia
bangun lalu mencapai jam loceng yang jelas menunjukkan pukul 3 pagi. Dia
meletakan jam loceng tersebut diatas meja semula. Dia baring kembali. Hishh..
kacau felling betullah! Melalui celahan pintu, dia dapat melihat lampu di
bahagian ruang tamu rumahnya terbuka. Niat untuk sambung membaca terpaksa
diketepikan. Pelahan dia bangkit lalu melangkah keluar dari biliknya.
Matanya tertancap ke arah sebatang susuk tubuh yang sedang tersandar lemah
di atas sofa. “Kau dah sedar?” soal Fakrul. Dia duduk di atas sofa berhadapan. “Kau
okey tak?” soalnya lagi.
Najwa memandang tajam wajah Fakrul. Wajahnya masam mencuka.
“Hello, I’m asking you okay,”
ujar Fakrul apabila tiada sebarang tindak balas langsung daripada gadis di
hadapannya itu. Wajah pucat Najwa di tatap, sedikit perasaan kesian tercalit di
hati sebaik melihat balutan luka di atas kepala gadis itu.
“Eh.. Fakrul, kau tak tidur lagi?” sapa Sofian yang baru sahaja muncul
di sebalik dapur sambil membawa segelas air ditangan.
Fakrul hanya mengangguk. “Aku memang dah biasa tidur lambat, tak gentle lah tidur awal-awal ni. Ha yang
kau ni tak tidur lagi kenapa?” soal Fakrul pula.
“Tak payah nak gentle
sangatlahkan? Aku dah tidur dah tadi, baru bangun aje,” jawap Sofian. Memang
dia telah tidur lena tadi, tetapi dia terjaga semula sebaik sahaja terdengar
bunyi barang jatuh. Dan apabila dia keluar dari bilik, dia mendapati Najwa
telah pun sedar dari pengsannya. Sofian berdiri tegak di hadapan Najwa lalu menghulurkan
air suam ke arah gadis itu. “Minumlah,” ujar Sofian. Tanpa banyak bicara, gadis
itu hanya menurut lalu meneguk air itu pelahan. “Awak lapar?” tanya Sofian
lembut.
Pelahan gadis itu mengangguk.
“Kalau saya masak bubur nasi untuk awak, awak tak kisahkan?” tanya
Sofian lagi untuk mendapatkan kepastian.
Najwa mengangguk lagi.
Tanpa membuang masa, Sofian terus bergegas ke dapur. Fakrul yang sedari
tadi hanya memerhati mula mencebik. Bisukah perempuan ni? Main angguk-angguk,
geleng-geleng pula! Jangan-jangan kemalangan petang tadi yang membuatkan dia
jadi bisu tak? Duga hatinya. Hishh.. merepeklah! Ada ke orang yang bisu
disebabkan kemalangn kecil? Tak logik langsung!
“Nama kau apa?” soal Fakrul.
Seperti biasa, soalan Fakrul hanya di biarkan sepi tanpa jawapan. Hanya
pandangan tajam dan wajah yang masam sahaja yang dipamerkan oleh Najwa.
“Hei perempuan, aku tanya kau ni,” ujar Fakrul mula menyirap. Dia
memandang Najwa. Gadis itu masih lagi seperti tadi, tiada sebarang perubahan. Nak
kata pekak, tak! Nak kata bisu, entahlah! Fakrul menarik nafas sebelum bersuara
lagi. “Accident tadi ke yang
menyebabkan kau bisu atau kau memang bisu dari awal?”
Dahi Najwa berkerut. Soalan bodoh apa yang ditanyakan oleh lelaki itu? Adakah
dia tidak berfikir dahulu sebelum bertanya? Bengap ke apa? Huh! Darahnya mula
menyirap. Najwa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas hendak melayan
lelaki dihadapannya kini.
Fakrul mula tersenyum. Walaupun gadis itu masih lagi diam seribu bahasa.
Tetapi sekurang-kurangnya kata-katanya kali ini ada sedikit perubahan pada riak
wajah gadis itu. Baru padan muka! Ingat dia apa? Tunggul?
Sepeluh minit kemudian, Sofian keluar dari dapur bersama mangkuk bubur ayam
di tangan. “Awak boleh makan sendirikan atau nak saya tolong suapkan?” tanya
Sofian bagi mendapatkan kepastian.
“Tak apa, saya boleh makan sendiri,” jawap Najwa dengan suara yang
pelahan.
Mendengar kata-kata Najwa, Sofian meletakkan bubur tersebut di atas
meja. “Kalau macam tu saya masuk tidur dululah,” pinta Sofian. Najwa hanya
mengangguk.
“Fakrul, kau tolong tengok-tengokkan dia, aku nak masuk tidur dulu,”
ujar Sofian kepada Fakrul pula. Untuk beberapa kalinya di menguap dan mengeliat
kecil.
Fakrul hanya senyum sambil mengangguk.
“Beres!” balasnya. Tanpa membuang masa Sofian terus melangkah menuju ke
kamarnya.
“Hai ingatkan bisu tadi,” sindir Fakrul sebaik sahaja Sofian hilang
disebalik kamarnya.
Najwa mengetap bibir. Dia menjeling tajam ke arah Fakrul untuk beberapa
saat sebelum mengalihkan pandangannya ke arah mangkuk bubur semula. Dia ingin
bangun dari terus bersandar, tetapi tubuhnya terasa lemah. Digagahi juga untuk
mencapai mangkuk bubur tersebut. Sebaik sahaja tangannya berjaya mendapatkan
mangkuk bubur tersebut, tiba-tiba kepalanya berdenyut kuat membuatkan dia mula
mengerang kesakitan. Habis terlepas mangkuk itu dari tangannya menyebabkan
bubur tersebut tumpah membanjiri lantai.
Fakrul yang sedari tadi hanya memerhati segera bangun mendapatkan Najwa.
“Kau okey?” Najwa mengangguk sebaik sahaja denyutan dikepalanya beransur
hilang. Fakrul yang masih cemas pantas menyambar tangan Najwa, dia mengambil
kain yang kebetulan ada di atas meja tersebut lantas mengelap tangan Najwa yang
kian kemerahan dek terkena bubur panas tadi. Selepas tangan itu di lap, dia
meniup pula.
Najwa menyentap tangannya. Dia memandang tajam ke wajah Fakrul. Kalau
ikutkan hati mahu sahaja dihambur lelaki itu dengan kata-kata kesat. Dia cukup
tak suka jika ada yang cuba mengambil kesempatan memegang tangannya! Tetapi
memandangkan lelaki di hadapannya itu tidaklah sengaja, jadi ditahan sahaja
rasa amarahnya didalam hati.
Najwa mengosok tangannya yang
sakit. “Boleh bagi aku kain tu?” minta Najwa sambil memandang kain di tangan
Fakrul. Fakrul hanya mengangguk lantas menghulurkan kain itu ke arah Najwa.
“Kain apa ni?” soal Najwa apabila hidungnya mula menangkap bau yang kurang
menyenangkan.
Air muka Fakrul berubah sebaik sahaja mendengar soalan Najwa. Dalam
teragak-agak, dia bersuara. “Kain lap meja.”
Mata Najwa terbeliak. Pantas dia mencampak kain itu ke arah Fakrul. “Apa
ni? Kau nak kena kan aku ke?” marah Najwa. Dia merenung tajam ke arah wajah
Fakrul, manakala lelaki itu hanya tersenggih sebelum ketawa terkekek-kekek.
Najwa mengetap bibir. Kemarahan kian meluap-luap. Wajahnya yang putih gebu
bertukar menjadi merah. Dia terasa dirinya seakan dipermainkan. “You are too
much!!” marah Najwa lagi.
“Relakslah.. aku tak sengaja
kan?” ujar Fakrul cuba menenangkan Najwa. Garang juga awek ni! Tapi comel. Bisik
hati kecilnya. “Kejap, aku ambil air untuk kau basuh tangan.” Fakrul lantas
berlalu ke dapur, sempat dia menyambung kata-katanya. “Alah.. Macamlah tak
biasa, aku tengok tangan kau dengan meja tak ada beza pun!”
Najwa merengus kasar. Biadap! Marahnya dalam hati.
MELALUI ekor matanya, dia sempat memerhatikan
Fakrul yang sedang membongkokkan badannya membersihkan lantai dek tumpahan
bubur tadi. Dia tahu yang dia terhutang budi terhadap lelaki itu. Dia tahu
bahawa lelaki itulah yang telah menyelamatkannya. Tetapi memang sudah sikapnya
begini. Angkuh! Dingin! Dan tidak reti menghargai. Lagipun dia tidak
mengharapkan pun segala budi baik Fakrul. Bukan dia yang meminta atau merayu
agar Fakrul untuk menolongnya, tetapi lelaki itu yang kononnya baik hati
menghulurkan sendiri pertolongan. Kalau peluang sudah ada depan mata, kenapa
tak kita gunakan?
Gluurrrr… perut Najwa berbunyi pelahan namun masih dapat didengar oleh
Fakrul dek malam yang terlalu sunyi. Fakrul yang sedang asyik mengelap lantai
menoleh ke arah Najwa. Ada senyuman sinis dibibir lelaki itu. Wajah Najwa
berkerut. Merah terus wajahnya menahan malu. Dia memukul-mukul perutnya
pelahan. Alahai… Masa ini pula perutnya nak berlagu! Lagi pun dia tidak tahu
sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri.
“Kalau lapar, bagitahu. Jangan nak menyombong sangat. Kau ingat kau miss world? muka pun tak adalah lawa
mana,” kutuk Fakrul lantas bangkit berdiri dan berlalu ke dapur. Entah kenapa
dia rasa sakit aje hati dengan sikap sombong Najwa, menyampah betul bila
melihat! Sudahlah ucapan terima kasih pun tak terungkap, boleh pula dia buat
perangai sombong dia tu. Ingat aku hadap sangat dengan kau? Pleaselah.. you not my taste! Perempuan
pilihan aku adalah perempuan melayu terakhir. Bukan perempuan minah saleh celup
macam kau. Dengan rambut merahnya, dan baju yang tak cukup kain. Oh! no.. no..
no…!
Wajah Najwa masam mencuka. Ikutkan hati mahu sahaja dicili-cilikan mulut
Fakrul. Tak habis-habis menyakitkan hatinya. Entah apa yang tidak puas hati
sangat lelaki itu dengannya, dia tidak tahu.
Fakrul memeriksa periuk di atas
dapur, nasib bubur yang dimasak Sofian tadi masih ada. Jadi tidaklah dia
kebuntuan. Dia mencapai mangkuk lalu menuangkan bubur tersebut ke dalam mangkuk.
Kemudian dia menyambar sudu pula. Dia melangkah keluar dari dapur. Lalu duduk
di sebelah Najwa.
“Biar aku suapkan kau makan,” ujar Fakrul apabila Najwa ingin mengambil
mangkuk bubur tersebut dari tangannya.
Dahi Najwa berkerut. “It’s okay, aku boleh makan sendiri, by the way thank,” tolak Najwa dengan
nada yang cuba dilembutkan. Tak payah nak tunjuk baik sangatlah! Bebel Najwa
dalam hati.
“Jangan degil boleh tak?”
“Tak!” jawab Najwa masih berdegil. Lagipun, dia tidak pernah di suap
oleh mana-mana lelaki. Dan dia juga tidak mengenali Fakrul.
“Kenapa kau ni degil sangat? Tak cukup ke kau dah tumpahkan bubur tadi?
Atau kau nak aku biarkan kau kelaparan aje?” bebel Fakrul.
“Aku boleh makan sendiri,” tekan Najwa.
“Fine,” bidas Fakrul lalu
meletakkan mangkuk tersebut di atas meja. Dia dapat melihat tubuh lemah gadis
itu berusaha bangun untuk mencapai mangkuk tersebut. Tiba-tiba satu idea jahat
menerjah masuk ke dalam fikirannya. Dia mula tersenyum nakal. Sebaik sahaja
tangan Najwa berjaya mencapai mangkuk tersebut, Fakrul menolak mangkuk itu agar
jauh sedikit. Makin hampir tangan Najwa dengan mangkuk itu, makin jauh mangkuk
tersebut.
“Hoi!” marah Najwa apabila terasa dirinya dipermainkan. Dia mula
merengus kasar. Lelaki itu memang sengaja menyakitkan hatinya. Manakala Fakrul
sudah mula ketawa berdekah-dekah. Seronok dapat melihat wajah Najwa yang
kemerahan dek menahan amarah.
“Cakap nak makan, ambillah bubur ni makan!” ujar Fakrul tanpa sedikit
pun rasa bersalah. Tercuit hatinya saat itu. Comel juga bila tengok awek ni
marah! Itulah, siapa suruh sombong sangat.
Najwa mengetap bibir. Menyirap darahnya. “Aku taknak main-main lah!”
Fakrul tersenggih. “Dah tu, biar aku suap?” ujar Fakrul lagi.
Najwa sudah tidak terkata. Lelaki itu memang tak mahu kalah. Kalau dia
terus berdegil, alamatnya sampai esoklah dia tidak makan. “Suka hati kau lah!”
marah Najwa.
Fakrul tersenyum lebar. Mana ada orang yang pernah membantah cakapnya. Jika
dia cakap sesuatu itu, dia akan pastikan ia menjadi. Pelahan dia menyuap bubur nasi
ke dalam mulut gadis itu. Untuk pertama kalinya dia melihat setiap inci wajah
Najwa. Bibirnya yang munggil, hidungnya yang mancung, matanya yang galak,
bentuk wajahnya bujur sirih dan kulitnya yang putih gebu. Cukup indah ciptaan
Tuhan! Ada masanya, dia menelan liur apabila terpandang ke bibir basah Najwa.
Algtafirullah Al-Azim, apa yang dia fikirkan ini? Bebelnya dalam hati.
Entah kenapa dia dapat merasakan ada satu getaran yang melanda di hati.
Satu perasaan yang aneh menerjah memasuki kalbunya. Apakah yang dirasakannya
saat ini? Kenapa jantungnya terasa berdebar-debar? Dan saat terpandang mata
Najwa, dia jadi tak keruan.
“Hoi! Yang kau tenung aku macam tak pernah tengok orang tu kenapa?”
herdik Najwa apabila Fakrul memandangnya tidak berkelip. Lama dia menunggu
suapan dari Fakrul. Mulutnya juga sudah lama terngangga. Namun lelaki itu hanya
kaku seperti patung.
Sudu yang dipegang Fakrul terlepas dari tangannya, nasib mangkuk bubur
itu tidak tertumpah. Menjerit gadis itu apabila sudu tersebut jatuh di atas
bajunya. Fakrul yang masih dalam keadaan terkejut pantas mencapai kain
disebelahnya. Mata Najwa terbeliak, sepantas kilat dia merampas kain tersebut
dari tangan Fakrul.
“Kau nak lap aku dengan kain lap meja ni lagi ke?” marah Najwa. Kain
tersebut di baling sejauh mungkin, geram sungguh rasanya melihat sikap Fakrul.
Dia bangkit dari bersandar lantas mengibas-gibas bajunya yang kotor sedikit.
Fakrul hanya tersenggih. “Kau makan sendirilah,” ujar Fakrul sambil
meletakkan mangkuk bubur tersebut di atas meja. Dia bergegas bangkit lalu
menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian dia keluar semula, tuala kecil
berwarna putih di hulurkan ke arah Najwa.
Najwa menyambut tuala kecil tersebut dengan kasar. Wajahnya bengis.
Pelahan dia mengelap bajunya mengunakan tuala tersebut.
Suasana sepi. Masing-masing hanya membisu. Sebaik sahaja bubur tersebut
dihabiskan, Najwa meletakkan mangkuk tersebut di atas meja semula. Dia
memandang Fakrul yang sedari tadi memerhatikannya. “Kau tak nak tidur ke?” soal
Najwa hairan. Tidak mengantukkah lelaki itu? Kalau iye pun tak perlulah
menjaganya sampai begini sekali.
Fakrul mengeleng. “Aku tunggu kau tidur,” ujar Fakrul.
Dahi Najwa berkerut. “Tunggu aku? Untuk apa?”
“Kau tidur kat dalam bilik aku aje lah, tak payah tidur kat sini,” ujar
Fakrul.
Mata Najwa dijengkilkan. “Kau gila?” marahnya. Ada ke patut Fakrul ajak
tidur dalam biliknya? Ingat dia perempuan apa? Mungkin pakaian dia agak
terdedah, tetapi itu tak bermaksud dia semurah itu! Ikutkan hati mahu sahaja
ditampar-tamparnya pipi lelaki itu, nasib dia tengah sakit sekarang. Kalau tidak,
siaplah!
“Kenapa pulak?” tanya Fakrul hairan. Apa masalahnya?
Najwa mengetap bibir. Ini dah kes melampau sangat-sangat dah ni! Boleh
pula pamerkan wajah tak bersalah. “Hey jantan! Kalau kau dah terdcsak sangat,
kau pergilah cari bertina lain!” maki Najwa. Api kemarahannya meluap-luap.
Dahi Fakrul berkerut. “Hey perempuan! Kau ingat aku selera sangat ke
dengan kau? Maksud aku, kau tidur dalam bilik aku dan aku tidur kat luar.
Faham?” marah Fakrul pula. Kau ingat aku nak ajak kau tidur dengan aku?
Bisiknya dalam hati.
Najwa terdiam. Tak tahu apa yang ingin dikatakan. Malu mula menyerbu. Wajahnya
ditundukkan. “Lain kali cakap biar jelas. Ini tak, aku ingat apalah tadi..”
pelahan sahaja suara Najwa.
Fakrul mula tersenyum. “Sorry, aku tak tahu pula kau akan berfikir
sejauh tu. Lagi pun, untuk pengetahuan kau, aku tak pernah sentuh mana-mana
perempuan lagi, aku bukan lelaki macam tu,” terang Fakrul.
Muka dia ada ke macam muka rosakkan anak dara orang? Tak ada rasanya. Muka punyalah baik dan suci
macam ni boleh dianggap seteruk itu. Sah-sah perempuan tu tak tahu menilai!
“Dahlah, aku nak tidur,” kata Najwa ingin bangun. Namun tak Berjaya. Tubuhnya
benar-benar terasa lemah.
“Biar aku papah kau,” ujar Fakrul. Dia menerpa ke arah Najwa, ingin
membantu gadis itu bangun. Namun Najwa mengerang sakit akibat lebam dipehanya.
Dia tidak berdaya untuk bangun. Walaupun dia hanya mempunyai luka-luka ringan
dan lebam, tetapi tubuhnya masih lagi lemah. Berdiri pun dia tidak mampu.
Fakrul mengeluh. Spontan tubuh Najwa didukungnya. Menjerit gadis itu
seketika. Fakrul meletakkan Najwa di atas katilnya dengan pelahan. Dia mencapai
selimut lalu di hulurkan ke arah Najwa. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah
pintu, dia menutup suis lampu dan melangkah keluar lalu menutup pintu.
No comments:
Post a Comment