“WOI sedarlah!” sergah Sofian.
Kusyen bantal disebelahnya di ambil lalu dilemparkan ke muka Fakrul.
Lelaki itu tidak mengelak malah hanya tersenggih memandang Sofian, kawan
karibnya itu.
“Betul Pian, aku tak tipu, gadis misteri yang aku mimpi tu cun betul,
aku rasa dia memang tercipta untuk akulah.”
“Kau ni kan Fakrul, tak habis dengan mimpi-mimpi kau aje, semalam kau
mimpi puteri dari kayangan datang goda kau, hari ni kau mimpi gadis misteri
cakap I love you, esok kau nak mimpi apa pula?” bebel Sofian yang masak sangat
dengan perangai kawannya itu.
“Esok?” ujar Fakrul sambil tangan menyentuh dagu dan kepala mendongak
memandang atas seolah sedang memikirkan sesuatu. Tidak sampai beberapa minit
bibirnya mula menguntum senyum.
Sofian mengelengkan kepalanya. Mulalah berangan yang bukan-bukan,
gerutunya dalam hati. Sakit kepalanya melayan karenah kawannya itu. Dia tidak
tahu apa akan jadi dengan nasib kawan Fakrul. Rupa ada. Pelajaran ada. Lagipun
ramai gadis dikampung ini yang gilakan dia. Semasa menuntut di UKM pun sama,
berderet gadis yang mengejarnya. Itu tidak termasuk dengan surat, email, dan
SMS yang diterima. Tetapi tidak ada satu pun yang berkenan dihatinya. Balik-balik
gadis dalam mimpinya juga yang di puja. “Sudahlah tu, bangun.. bangun…!
Sedarlah sikit Fakrul. Jangan cakap gadis misteri, anak Mak Bedah kat kampung
sebelah tu pun taknak lah kat kau kalau kau terus macam ni.”
“Anak Mak Bedah?” ujarnya. Wajah Fakrul berkerut. “Setahu aku Mak Bedah
ada seorang aje anak, tapi itu pun lelakilah.”
“Haa.. yelah.. Dia lah yang aku maksudkan, Roslan. Tapi sekarang dia dah
tukar nama, apa tu tak silap aku… Rosnah.. Cantik beb! Sesuai sangat dengan
kau.”
“Otak kau..” hambur Fakrul. Manakala Sofian pula sudah mula ketawa
terbahak-bahak. “Eiiii… tak nak aku..!” sambung Fakrul lagi sambil
mengeletarkan tubuhnya. Dia bingkas bangkit dari sofa, malas nak melayan
karenah Sofian. Kalau iye pun bagilah
perempuan yang asli, janda anak lapan pun dia sanggup!
“WEYHH.. ‘bak’ gitar jap,” minta Fakrul.
Zakuan yang sedang asyik memetik gitar terhenti apabila Fakrul meminta
balik gitarnya. Lantas dia menghulur, dan Fakrul menyambut.
“Okey.. korang nak dengar tak? Aku ada story sikit nak cerita kat
korang..” ujar Fakrul.
“Apa dia? Cerita aje lah,” balas Zakuan tak sabar.
Fakrul mula tersenyum. “Dengar ni erk!” Pelahan jari-jemarinya memetik gitar. “Pada suatu
hari, dikala senja…” Fakrul memulakan ceritanya dengan penuh gaya sambil
diiringi petikan gitar.
“Woi.. jap.. jap.. kau nak cerita tentang apa ni? Kau ingat kita orang
budak-budak ke nak dengar cerita-cerita dongeng ni?” sampuk Zafar.
“Alah.. kau ni Boy, mencelah tak bagi salam..!” ujar Rahmat yang
ternyata asyik mendengar cerita.
“Kau dengar tu, lain kali bagi salam! Ni tak, kacau aje feel aku nak
bercerita tentang mimpi aku semalam, macam mana aku boleh jumpa dengan gadis
misteri pujaan aku tu!” luah Fakrul sambil tersenggih macam kerang busuk.
“Lahhh… kau nak bercerita tentang mimpi kau ke? Taknaklah aku dengar!”
ujar Rahmat lantas bangkit dari duduk dan berlalu. Zakuan dan Zafar hanya
mengelengkan kepala sebelum mengikuti jejak langkah Rahmat.
“Woi..! Relakslah… lepak
jap..” panggil Fakrul apabila ditinggalkan seorang diri di warung Pak Lahap.
Dia mula mengeluh. “Punyalah penat aku memerah otak untuk menjadikan cerita itu
lebih menarik, siap diiringi dengan petikan gitar bagai. Tetapi dia orang
taknak dengar. Tak patut langsung!” bebel Fakrul seorang diri.
“Kejamnya diorang tu. Tapi takpe, Enah sudi temankan, abang Fakrul boleh
cerita kat Enah..” sapa satu suara garau lantas menarik kerusi lalu melabuhkan
punggung di sebelah Fakrul.
Fakrul meneguk liur mendengar suara garau
yang cuba dimanjakan. Garau.. Manja.. seram sejuk dibuatnya. Pelahan dia
mengerling ke arah kelibat Roslan disebelahnya. Terkaku saat dia melihat tubuh
sasa Roslan yang dikenakan pakaian yang ketat dan seksi, disamping rambutnya
yang mengembang panjang, make up yang tebal dan tambah mengelikan jangutnya
yang tidak ter’urus. Manusiakah atau jelmaan??? Soal hati kecil Fakrul. Peluh
mula memercik di dahinya.
Roslan hanya tersenyum sambil merenung manja wajah Fakrul. “Abang Fakrul
berpeluhlah.. Auuwww… cute nya!!!” ujar Roslan apabila melihat wajah takut
Fakrul. Dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya.
Mata Fakrul terbeliak. Pucat terus wajahnya. Dapat dirasakan tangan
Roslan mengesat peluh didahinya dengan senyuman mengoda. Makkkk
tolong!!!!!!!!!!
“FAKRUL… Fakrul…”
Pelahan Fakrul membuka kelopak matanya. Hampir terkejut beruk dia
apabila wajah Sofian terlalu hampir dengan mukanya. “Hoi.. kau ni Pian, macam
nak cium aku aje!”
“Cium kau? Yeakksss!! Tak kuasa aku…! Simpang malaikat 44!”
Mendengar kata Sofian, Fakrul mula tersenggih. Dia pantas bangkit dari
baringan dan duduk menghadap Sofian. “Apa yang dah jadi? Mana Roslan.. ehh…
Rosnah?”
“Aik.. bangun-bangun aje terus sebut nama Rosnah. Ada apa-apa ke ni?”
usik Sofian sambil tersenyum nakal. Sejak dahulu lagi dia memang suka
mengenakan Fakrul. Kalau disuruh dia menulis biodata, sudah pasti dia akan
tulis ‘mengenakan Fakrul’ adalah hobinya yang pertama.
Fakrul mula mengetap bibir. “Woi.. kau ni agak-agak lah. Banyak gadis
kat kampung ni, kenapa dia jugak yang kau nak satukan dengan aku?” marah Fakrul.
Sofian mula ketawa berdekah-dekah. Lucu melihat wajah marah Fakrul.
Fakrul mula menyirap apabila melihat Sofian ketawa bagai tak ingat
dunia, sampai mengalir-galir air mata. “Kau ni Pian, kau tak kesian ke kat
perempuan luar sana yang gila kan aku? Tak ke putih mata diorang kalau tengok
aku dengan si Rosnah..” ucap Fakrul yang
mula bangga diri.
Sofian mengesat air matanya lantas memandang Fakrul. “Betul jugakan.
Masalahnya sanggup ke Mak Bedah tu ber’menantukan kau?” soal Sofian menyambung
balik ketawanya. Lucu rasanya apabila mengenangkan Roslan yang tak habis-habis
bertanyakan tentang Fakrul. Kemaruk cintalah katakan! Tidak dapat di nafikan,
Fakrul memang mempunyai wajah yang tampan. Kulitnya yang sawo matang. Hidung
yang mancung. Matanya memukau. Cuma tubuhnya sahaja tidak berapa sasa. Tetapi
walaubagaimana pun lelaki itu cukup menarik di pandangan mata para gadis.
“Dahlah! Malas aku nak cakap dengan kau..” marah Fakrul. Sakit hatinya
melihat telatah Sofian, tak habis-habis menyakatnya.
“Yelah.. yelah.. aku stop okey?” balas Sofian. Dia membetulkan
kedudukannya memandang Fakrul. “Tapi aku respect lah dengan kau, bukan takat
gadis-gadis kat kampung aje angau kat kau, lelaki pun ada jugak yang gila kat
kau!”
Fakrul mencebik. Tadi kata nak stop! Gerutunya dalam hati.
“Well, aku kan hot stuff!”
“Eleh..!” Sofian mencebik. “Jap..
jap.. aku lupa nak tanya, macam mana kau boleh pengsan kat warung Pak Lahap
tadi?”
“Aku pengsan kat warung Pak Lahap?” dahi Fakrul berkerut. Dia cuba
mengingati kejadian tadi. Bulu romanya mula menegak. Gerun rasanya! “Eiii..”
ujar Fakrul sambil mengeletarkan tubuhnya. Dia memandang Sofian yang sedang
tekun menunggu jawapan darinya.
“Cepatlah jawab, aku tanya kau ni?” desak Sofian tidak sabar.
“Tak ada apa-apalah!” dalih Fakrul. Kalaulah Sofian tahu tentang hal
ini, alamatnya matilah dia kena sakat. Bergegar satu dunia dengan ketawa si
‘gempal’ ini. Haiisshhh… geramnya! Bukan dia tak kenal dengan perangai Sofian
tu. Ada sahaja cara ingin mengenakannya.
Sofian mula mencebik. Mesti ada sesuatu yang berlaku. Lagipun Fakrul itu
seorang lelaki yang lurus, pantang di tanya pasti akan dijawab, kadang-kadang
yang tak tanya pun dia bagitahu, dan yang paling menyedihkan orang taknak tahu
pun di desak untuk tahu.
Ketukkan pintu mula mengejutkan mereka. Sofian pantas bangkit dan membuka
pintu, tak sampai beberapa minit. Sofian masuk semula.
“Masuklah, Fakrul ada kat dalam,” ujar Sofian lantas bergegas masuk ke
bilik.
Dahi Fakrul berkerut. Siapa yang datang? Dan kenapa Sofian kelihatan
tergesa-gesa masuk ke bilik? Fakrul memandang ke arah pintu, menanti kelibat
yang bakal menjelma.
“Abang Fakrul dah bangun dah? Risau Enah tadi tau!” luah Roslan sebaik
sahaja muncul di hadapan pintu. Dia lantas masuk dan melangkah menuju ke arah
Fakrul.
Mata Fakrul terbeliak. Wajahnya pucat kembali. Dia dapat melihat
lengukkan tubuh Roslan berjalan menghampirinya, senyuman manis yang terukir di
bibir Roslan, dan apabila Roslan duduk di hadapannya dengan penuh seksi cukup
membuatkan jantungnya terhenti berfungsi.
Pelahan tangan Roslan menyentuh dahinya. “Panasnya..” ujar Roslan cemas.
Fakrul memandang Roslan. Musibah apakah ini?!!! Pelahan kelopak matanya
terpejam rapat.
“Abang Fakrul pengsan lagi…!!!”
p/s : lpas bace comment k??
No comments:
Post a Comment